BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 29 Januari 2011

"Lelaki Sejati"

Bagaimanakah lelaki sejati?

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

“Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk Dicintai dan dikasihi serta disayangi.”

Renung-renungkan, tenung-tenungkan dan menung-menungkanlah….






: sumber dari blogger

Sabtu, 22 Januari 2011

"perasan"

seminggu sejak ahad
kamis baru nampak muke
untuk 2 jam saje pun
pastu balik..amik ubat kononnye..
sampai sudah tak nampak muke lagi dah..

boy girl wif me..
biarlah mama yang buat semua ni
sian anak mama..
takpe ALLAH itu adil sayang..

aku text..tak berjawap..
jumaat diam jek..
till kul 8pm..tetibe..
"still got d blues"-rang!!
malas nak jawap...

kami baru kuar menuju ke
L.W.C.P.D.
sekali je pun 'rang'
senyap dah..tiada susulan lanjut..

sabtu kul 'tengah hari'
called..banyak kali..nape ek?

last2 text aje..
tanye pasal jadi ke 'golf' tu?
shit!!
ingat nak tahu kami ni macamane??
hish...aku 'perasan' lagi..

kat sane lagi katenye..lunch..dinner pun..
nak cakap ngan dorang..
tido dah..
erm..ok la
itu je??!
malam ni buat pe plak tu..esok???
hish..nape nak pikir lagi..

lepaskan lah...dia bukan milikmu..

sudah tu sudah laahh..

ALLAH sentiasa bersama mu
semua ini hanya pinjaman DIA..
REDHAkan lah IA..


tapi...


"AKU BUKAN BATU"




:(

"iQra"

Lame tak menjengah ke sini
ade seminggu..
catatan diary berjalan jua :p
pasti, untuk dia dan mereka..

hurm..tak tercapai tangan untuk kejar masa
diri sendiri pun tak terjaga dengan sempurna
aku cuba..dan akan terus mencuba
badan tak usah cakaplah..
sakit sini sana..ah tak yah lah pikir
tahankan aje..



tapi...




"AKU BUKAN BATU"



:p

Sabtu, 15 Januari 2011

"magika"

penat..letih.
tak daya rasanye tanggung semua ni sendiri..
tapi aku kena kuat..
kerana apa yang jadi adalah rancagan maha ESA
pasti ada hikmahnya..
aku yakin..

keje dari pagi sampai petang di pejabat
balik melayan dan menguruskan anak
belum sempat nak luruskan pinggang,
rumah perlu dikemas..
homework untuk class tak siap lagi
sempat ke??

nak facial muka sendiri pun rasa tak sempat
tak cukup tangan rasanya..
arghh...

letihlah..
nak menanggis pun tak guna
tak dapat selesaikan masalah pun
tiada siapa pun yang dapat tolong
kecuali diri sendiri untuk sendiri..

arghh..letih..
bila masa untuk manjakan badan..
bila masa aku dapat minum dengan kawan-kawan
ermm..
tak sempat rasanya..
penat dan letih untuk kejar semua masa..
tertekan sungguh..

argghhhhh.....   :(

aku bukan batu!

Khamis, 13 Januari 2011

"tanya sama pokok"

kebiasaan hari mengejar setiap ruang dengan tak tercapai tangan
mampukah aku bertahan
senyap sunyi sepi
bersama senyum dan tawa
tiada siapa tahu
tiada siapa cuba faham
dalam diri ini
sedang berperang
menangkis pelbagai jurang dan aral
kekadang rasa tersungkur
tak lalu nak bangkit lagi
kekadang rasa gah
kerana sampai ke seberang situ
mereka masih ada
aku kena bangun
aku kena tabah dan terus sabar
memunajat selalu tinggalkan kekalutan
insyaAllah..redha dan dilindungi
jauh maksiat,syirik dan khurafat
jauh lagi untuk munafik..
Nauzubillah..





Alhamdulillah.. 

Rabu, 12 Januari 2011

"BMW"

Ishk..liat sungguh nak buka mata
Nak bangkit pun berat
Kat luar mendung je
Dingin..lagi sedap tido..

Puteri merengek nak susu
Abang merengek nak 'tinge' mintak dipeluk
Intan payung mama
Manja sungguh..

Aku kena bangun
Ada keje delay
Nak kena submit jap lagi..

Fuh..akhirnya
Sampai gak opis..

Alhamdulillah
Sempat setlekan semua

InsyaAllah
Ada rezki
Bebaloilah usaha ini

Tanpa kawan aku sorang ni
Mungkin aku tak dapat selesaikan

Terima kasih ye OBO!

Isnin, 10 Januari 2011

"ISNIN"

pagi yang cerah..!
heheh..malasnye nak gi keje..
tapi kene pegi gak coz ade keje lagi tak siap..
hish..

comeynye my princess..
hurmm..hensemnye my hero..
permata hidup mama..

aku kene keje
unuk mereka
GET UP!!

check fone..
miss call..
hah?!
dia call me?? at 1012 am
tak dengar lak tadi...

12pm
return call balik..
sound happy there tapi dia nak sorok dari aku
maybe dia tak nak aku jeles kot..hahaha
takde la..nape nak jeles kalau itu ketawa bahagia..
aku tumpang sekali la
anyway..thanx for callling key..






ape-ape pun..











"AKU BUKAN BATU"

"PLEASE GO"

kemarin rush up siap nak balik kampung
sian kat org tua tu nak balik sane tapi tak de org nak drive kan
tetibe 'dia' ade dalam episod kemarin
itu pun kebetulan aku ballik umah kot..
lepas maghrib kiteorg gerak sampai dalam kul 11malam lebih gitu
Esok nak kene gerak awal pulak coz 'dia' ade janji dgn kawan dia
kenapa la haiii...??
esok kan AHAD, bukan untuk family ke??
ke dah tukar..weekdays with friends, weekend pun wif friends..
Ooo..lupe..bujang..
sibuk je aku ni kan!
cubaan untuk menggagalkan plan dia tak berjaya
kawan dia pun same..!!tak boleh harap!
takpe lah tak payah mencube lagi..

dan semalam aku dapat cerita..
memang rumit keadaan ni
makin menyusahkan aku
dan menyesakkan nafas aku lagi

tak mungkin aku berpaling (ceh..cam lagu slam lak..)
sudah tu sudah lah..
tak larat nak layan lagi..
penat dengan lakonan dunia 'dia'
aku dah bosan..!

just






PLEASE GO...

Ahad, 9 Januari 2011

"Ep 3"

Dah sampai untuk 3 hari 3 malam
Tiada apa yg brubah
Keadaan tetap begitu
Kami masih dibelakangkan
Apa guna serabutkan kepala
Untuk buat pertimbangan
Mungkin ini petunjuk Allah
Bagi aku yakin dan makin pasti
Sayang sungguh

Bicara spt tiada apa
Merancang spt tidak akan putus
Patutkah aku biarkan saja dan jadi tunggul semata
Cara itu buat semuanya kembali OK
Aku tahu
Tapi apa matlamat hidup dalam organisasi ini
Generasiku bakal rosak perkembangannya
Sepatutnya aku lari dari khilaf itu
Ya tuhan berikanlah aku jalan..!

"Aku Bukan Batu"

Rabu, 5 Januari 2011

"EP 2"

aku pegi tempat dia
aku jamah di majlis dia
aku nampak dia
happy sangat
syukur..
aku tumpang jugak.
tapi,
sejak hari itu..
aku asik terfikirkan dia
kenapa macam tu?

aku nampak dia online
aku tahu dia kat situ
tapi aku takut nak 'sapa' dulu
sebab aku tak tahu keadaan dia di sana

tetibe 'ping!'
dari dia..!!!
dalam jam macam ni??
aku jawab..
 dia cari aku masa tu..
dia tak nampak aku tapi aku jelas nampak dia
tak sempat nak snap sama dengan dia sebab keadaan aku tak mengizinkan masa tu
tapi aku sempat snap muka happy dia
kamu nampak hebat dalam merah tu

aku minta maaf tak sempat nak say goodbye pun
yelaa..dia bz dan aku  tak mampu
aku pun tak nak tunggu lelama..
aku tepati janji aku untuk hadir tapi bukan untuk lihat seluruhnya..
aku takut aku tak kuat

terima kasih kerana masih sudi untuk adakan diri kamu selalu
tapi yang pasti keadaan akan berubah jadi lain
mungkin dia tak kisah tapi aku ada masalah
takpe la..aku tahu jaga diri..dan dia pun tahu aku mampu
biar aku bawa diri
pandailah aku nanti

terima kasih sekali lagi
i will keep all your words..till i die
dia..
beri aku janji dan harapan
kata-kata itu
buat aku menitiskan airmata lagi..

gembira?sedih?
aku pun tak pasti..
yang aku tahu..aku yakin..
aku..
berterima kasih..


"Happy New Year"

baru 5 hari kite jejakkan diri dalam tahun baru kan?!
 so, happy new year buat sahabat handai,keluarga dan sekalin umat MUHAMMAD S.A.W.
tahun baru ISLAM dah lebih sebulan kita 'sambut' tapi tidak pada semua manusia di bumi ini..

yang pasti setiap tahun baru kita akan set azam baru pada diri..
yang lepas dah habis tunaikan semua ke??
hurm..kena check balik ni..
tapi rasanya hamppir semua dah tertunai... :p

aku sambut new year kat hospital tawakal.abah warded.
aku,mama,afiq,aiman dan aryssa tunggu jam 12 malam tu..
nak tengok bunga api dari KLCC
nak kasi AIMAN tengok bunga api cantik tu..heheh
dah abis bunga api tu kami pun balik lah..
mama kena tinggal jaga abah..
so aku balik dgn afiq,aiman dan aryssa..
ARYSSA mengamuk nak tido..sib baik AIMAN tak meragam jugak..if not panic aku
mana nak drive lagi..nak pujuk anak yang menanggis lagi..
saat macam ni aku SEDIH..PILU rasa hati..
aku mengharungi kepayahan membesarkan anak-anak sendiri
sedangkan yang patut berkongsi pengalaman ini hilang entah ke mana..
aku KECEWA..suka duka kami tak dapat di kongsi dengan dia yang sepatutnya..
tapi aku bersyukur..ALLAH masih izinkan aku bersama keluarga aku yang selalu disisi tika aku perlukan..
arghh..ini semua rancangan DIA..aku harus terima dengan tabah..INSYAALLAH..
AIMAN dan ARYSSA adalah amanah untuk aku..
selagi aku bernafas..aku akan pastikan mereka tidak khilaf memilih jalan di depan sana..
segala yang terbaik akan aku korbankan untuk mereka..
pengalaman ini amat berharga..

SYUKRAN YA RABB'



"AKU BUKAN BATU"

"tahun baru"

Tahun baru dah tiba..
Bertambahlah lagi nombor diusia aku
Masih adakah peluang itu untuk aku rasakan penambahan usia itu?
Masihkah ada esok untuk aku melihat anak-anakku membesar lagi?
Masihkah ada masa untuk aku bertaubat lagi?

"Wahai orang orang yang beriman! sebarkanlah apa yang telah kami berikan kepada kamu,sebelum tibanya hari(kiamat) yang tidak ada JUALBELI padanya ,dan tidak ada kawan TEMAN,serta tidak ada pula pertolongan SYAFAAT.Dan orang orang kafir, mereka itulah orang orang yang zalim."(AL-FATH AYT.10.)


"Wahai orang orang yg beriman! masuklah Islam keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu." (AL-MARYAM AYT.87.)






"AKU BUKAN BATU"

"EP 1"

"AKU BUKAN BATU"

yang hanya akan duduk diam dan biarkan kamu perbodohkan aku lagi
aku harus terus melangkah,takkan menoleh lagi..
biarkanlah orang keliru melihat aku
yang pastinya..
aku tahu apa yang aku mahu

"Aku Bukan Batu"

Yang hanya akan terus menyaksikan
adegan-adegan layar kamu
Jika ianya tulus dan benar sekali pun
Aku tetap akan terus curiga dan kecewa
biarkanlah orang marahkan aku
Asal aku tahu aku takkan disakiti lagi
Aku mahu kamu rasakan apa yang aku rasa
Kerana aku mahu kamu faham
Apa yang aku tanggung selama ini
Maafkan aku kerana tegar
Tapi kamu yang memaksa ini semua

"Aku Bukan Batu!"