BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 1 September 2013

"Aku tahu"

Aku tahu..
Kasih itu di situ
Sayang itu ada
Namun..tak mungkin lebih dari itu
Biarkan semua itu disitu
Berlalu tanpa suara
Hilang dengan rasa
Moga tiada yang pernah terluka
Dan tidak akan ada yang diluka
Ku mohon setiap sujud ku
Rasa itu pergi setiap hela nafas ku
Kerana aku takut kecewa lagi
Biarkan aku jadi pemerhati setia
Biarkan aku sanjungmu dalam diam ku
Biarkan semua itu hingga lelah hati ini
Pasti ia akan lenyap sendiri
Terima kasih kerana mengetuk pintu suram ini..
Terima kasih kerana sudi singgah ke teratak usang cintaku..
Walau sekejap cuma namun aku bersyukur
Kau berikan aku bahagia..
Walau seketika cuma..

Terima kasih sayang..
Mi machi tanto..te amor..

Rabu, 31 Julai 2013

"Kau pergi jua"

Tanggal 28 julai 2013 bersamaan 19 ramadhan

Terkilan rasa kerana Allah lebih sayangkan dia..tak sempat aku menatap wajahnya buat terakhir kalinya..
Kau pergi jua...
Maafkan aku..kerana telat..
Bukan sengaja tapi keadaan ku sulit tika itu..
Aku bernawaitu setelah selesai urusan ku..akan aku susuli kau disana..
Namun Allah tidak mengizinkan kita bertemu...
Aku redha...
Doa ku dimakbulNYA..
Semoga DIA ampunkan segala dosamu..
Dengan kesakitan yang hadapi..
Semoga terhapus segala dosa dosa mu..
Kau sahabat dan anak yang baik..
Aku pasti kau pergi dengan tenang...
Dan kini kau bahagia di sana..
Berita ini memang mengejutkan..
Namun semua yang berlaku adalah hakikat
Janji ALLAH..mati itu pasti..bila dan bagaimana tiada siapa yang tahu..hanya DIA..

Aku rindu kau...
Aku sayang kau...
Hanya doa yang tinggal untuk aku selalu hadiahkan..
Tika rindu tiba...
Akan aku ziarah tempat persemadiaanmu..
Satu hari nanti..insyaallah. .
Dan kita akan bertemu kembali di akhirat nanti...

Al-fatihah
Buat Allahyarhamah Shamsiah Hashim..
Pergilah kau dulu, akan kami susuli kau kemudian nanti...

Selasa, 25 Jun 2013

"Tentang Rasa"




"...Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa..."



"AKU BUKAN BATU"

Ahad, 5 Mei 2013

rindu bersarang tapi tak pasti

Setiap rindu ku terhembus..
Ku kirimkan al-fatihah buat kamu..
Setiap kali rasa itu datang..
Ku mohon tuhan..
Padamkan saja rasa itu..
Kerna aku tak rela disakiti dan menyakiti..
Cinta tak seharusnya memiliki..
Kerna segalanya cuma pinjaman..
Biarlah kenangan bersama mu ku jadikan tugu kala sepi ku..
Kau dan aku pernah bersatu tapi takkan pernah menyatu..
Inilah ujiaan dan dugaan..
DIA menduga..
Pulangkanlah kembali padaNYA..
Agar rasa ini akan hilang dengan berlalunya masa..
Aku tetap akan selalu doakan bahagiamu..
Walau tidak bersama kamu..
Aku percaya DIA memberi ku ruang lagi..
Untuk merasakan cinta tanpa matikan jiwa ini..
Bagi esok..nanti...
Ini semua kerja DIA..
Aku terima...

Jumaat, 22 Februari 2013

"malam kliwon"


Bismillahirahmanirahim...

Sejuk dingin setiap kliwon malam..
Peniaga pasar malam menanggis sugul meratap
Apakah ada rezki aku malam ini??
Simpati aku...
Tapi bukankah hujan itu rahmat Allah..
Pasti ada sesuatu yg lebih menarik dari rezki yg mereka tunggu..

Sejukkan pondokmu dengan kalimah Allah..
InsyaAllah terlindung keluargamu dari anasir kotor
Yg cuba merosakkan hati kita..
Berjemaah sekalian...walau tak pernah sempat setiap masa
Cuba kita curi waktu ini...

Moga mendapat lebih syafaat..
Diberkati..
Diberi hidayah..
Dilindungi...
Oleh NYA...

...amin ya rabbal alamin...










"AKU BUKAN BATU"


Sabtu, 9 Februari 2013

"32"

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...
Tidak terjangkau nikmatnya bila masih berkesempatan merasakan hembusan nyawa ini..
Tiada ucapan yang dapat diungkapkan untuk menyatakan syukur dan terima kasih
Pada DIA yang Maha pencipta..yang Maha penyayang..

Hari ini..
Mereka genap 33 tahun bersama...
Melalui segala pahit maung hidup..
Jatuh bangunnya perjalanan diri..
Bersama..tabah dan sabar mengharunginya..
Dimataku..
Mereka hebat..
Mereka taat dan setia pada satu sama lain..
Segala ujian hidup dapat mereka tempuhi..

Tahap permulaan detik bersama berjanji cinta dan setia..
Kemudian..
Ada kami..
Membesarkan kami..melayan kerenah kami..
Mengasuh dan mendidik kami..
Hingga ke saat ini..
Ya Rabb..hebat sungguh nikmatMU...

Hanya doa yang dapat selalu kami iringkan
Sepanjang hayat mu..dihayat kami.
Akan kami sentiasa doakan kalian berdua..
Selalu dilindungi ALLAH..
Dan keluarga kita akan sentiasa dilimpahi hidayah...

...amin...



Jumaat, 8 Februari 2013

"8 feb 2013"

Bismillah...

Alhamdulillah...
Sahabatku selamat melahirkan seorang puteri..
Tak dapat aku gambarkan betapa teruja hati ini bila dapat tau
tentang berita ini.hanya DIA yg tau...

Hanya mampu ku kirimkan doa dari kejauhan..
Maaf aku tiada disisi tika kau dalam keadaan cemas..
Kerana ada pemangkin yg lebih hebat dr aku disana
Yg akan temani dirimu...

Aku percaya kau kuat..
Tabah dan sabar
Dan kerna itu...
Allah hadiahkan..
Anugerah terindah yg takkan ada
Tolok gantinya..sampai bila-bila...

Istirehatlah kau..
Nikmatilah waktu mu itu...
Hayatilah saat ini..

Jgn pernah lupa...
Sujud syukur padaNYA...
DIA yg tak pernah jemu mendengar
Doa kita..

Syukran ya RABB...

Khamis, 31 Januari 2013

"message"

31012013

habis sudah bulan pertama..menginjak pantas tanpa diduga..
apa yang aku lakukan sepanjang permulaan tahun baru ini??
apa yang telah aku perolehi dari masa itu??

kelmarin aku terdengar lagi kisah
sang isteri ditinggalkan pergi
kerana sang suami masih jahil...
gilakan kebebasan..
keindahan sementara di luar sana..
tinggalkan anak-anak..dan isteri yang setia
masih setia walau telah dilukai..
walau telah untuk ke entah berapa kalinya dia
memaafkan suaminya.

wanita..
memang lemah..tapi kuat..
sama tapi tidak serupa..

wanita yang telah bergelar isteri..
selalu akan setia terus menanti dan takkan pernah berhenti berdoa
agar suaminya pulang kepangkuan dan berubah
menyedari khilaf dan dosa..
namun...
kesabaran semakin menebal teruji
hari demi hari hanya cerita selingkuhnya saja
yang dapat di lihat..
hari demi hari..
bulan berganti bulan..
tahun beralih tahun..
isterinya tetap berdoa..agar suaminya bertanggujawab dan pulang
baiki tangga yang telah rebah..
namun..
kesengsaraan dan kesabaran isteri itu ada hikmahnya..
sampai ketika dia akan pergi dan berganjak dari duduknya..
tika itu..takkan pernah dia berpaling lagi..

kenapa isterinya masih boleh terima dan memaafkan??
kerana dia ada zuriat bersama suaminya..
kenapa dia sukar untuk lepaskan suaminya??
kerana kenangan manis bersama suaminya masih segar dalam ingatan..
segala pahit getir sewaktu melangkah bersama
masih tersimpan indah dilapik ingatanya..
tapi sayang..
dia malang..
kerana hanya dia saja yang menyimpan semua itu..
suaminya..sedang enak melakar dunianya yang baru..
kenangan dan janji-janji baru pada si dia yang baru..

hati si isteri masih goyah
dalam sakit menahan amarah
masih terselit harapan suaminya merayu kembali seperti dulu
namun..sia-sia.

beristikharahlah dia..dalam menangguk cinta..
pasrah pada ketentuan jalan yang tertulis..
mungkin ini balasan dosa-dosa ku yang lampau
dia akui dia kalah..
kalah dalam usaha menyelamatkan syurganya...
kalah dalam pertarungan jiwa yang setia..
kesal tidak sekali..
kerana akhirnya dia bersyukur..
lepas bebas dari cengkaman si suami yang kejam..

bertabahlah dia..senantiasa bermusahabah..
tak pernah leka dari terus bermunajat..
meminta dan merayu pada yang TERCINTA..
lebih tenang..lebih bahagia.
syukur tak terhingga..
tiada dosa dia pada suaminya lagi..
tiada lagi sengketa antara dia dan semua..
amin..
maafkalah dia..
kerana mungkin bertindak agresif..
tapi semuanya menjadi tegar..kerana suaminya tegar
mendera mental dan emosinya..
tanpa tahu apa salahnya dan dosanya..
soalan yang tak pernah ada jawapannya..

namun pengalamn mengajar dia menjadi lebih kental
mengharungi dunia tanpa insan bergelar suami
membesarkan dan cuba mendidik amanat ALLAH sebaik mungkin..

bersyukur masih ada keluarga yang sudi terima dia kembali..
dan membantu dia manjalani hidup ini..tanpa sukar melangkah..
syukaran..YA RABB..

kerana.....

"AKU BUKAN BATU"

Ahad, 27 Januari 2013

"sunyi yang senang"

25012013

25 hari sudah berlalu ditahun baru 2013
semuanya berlari dengan pantas..takkan pernah tunggu aku
pergi tinggalkan aku yang masih tersimpuh
sibuk mencari haluan hari esok
mana tuju, mana hala..

aku lihat jauh ke dalam matanya..mata mereka..
masing-masing masih kelam..
buntu...bingung terkadang..menyoal..dipersoalkan..
apakah ada masih..?
adakah hilang sudah?...

jauh di sudut hati ini..
ingin aku selam dan selamatkan mereka dan dia..
duduk tinggi bersama
tenang dan bahagia..
jalani dan harungi kasih dan cinta yang telah dianugerahkan..

bimbinglah aku..
pimpinlah aku..
agar dapat aku bantu capai cita-citamu..

perasaan ini tak mungkin ada dendam
kerana aku ingin jadi hambanya yang sempurna..
aku mencuba dan terus mencuba..
mungkin bukan yang terbaik dimata mu..atau mereka
tapi cukuplah jika ia telah memenuhi kehendak aturan
dari DIA..

pinta di aminkan saja
pinta direstukan saja
pinta dan terus aku meminta..
berkati setiap nafasku..
lindungi aku dari terus hanyut
dengan kemewahan kasih dan cinta
yang terkadang tiada batas
buat aku terkadang leka dan alpa

maafkan aku..jika kau disakiti
tiada niat ku
kerana aku
manusia..makhluk ALLAH yang sangat lemah
terkadang goyang imannya..
ku mohon tiada dendam untukku..
jika pernah aku usik hatimu tanpa ku sedari..
aku lupa untuk lisankan rasa kesal ku..
kerana aku akan selalu ada khilafnya..
kerana aku insan biasa.
kerdil lagi hina..

maaf.....




"AKU BUKAN BATU"