"sunyi yang senang"

25012013

25 hari sudah berlalu ditahun baru 2013
semuanya berlari dengan pantas..takkan pernah tunggu aku
pergi tinggalkan aku yang masih tersimpuh
sibuk mencari haluan hari esok
mana tuju, mana hala..

aku lihat jauh ke dalam matanya..mata mereka..
masing-masing masih kelam..
buntu...bingung terkadang..menyoal..dipersoalkan..
apakah ada masih..?
adakah hilang sudah?...

jauh di sudut hati ini..
ingin aku selam dan selamatkan mereka dan dia..
duduk tinggi bersama
tenang dan bahagia..
jalani dan harungi kasih dan cinta yang telah dianugerahkan..

bimbinglah aku..
pimpinlah aku..
agar dapat aku bantu capai cita-citamu..

perasaan ini tak mungkin ada dendam
kerana aku ingin jadi hambanya yang sempurna..
aku mencuba dan terus mencuba..
mungkin bukan yang terbaik dimata mu..atau mereka
tapi cukuplah jika ia telah memenuhi kehendak aturan
dari DIA..

pinta di aminkan saja
pinta direstukan saja
pinta dan terus aku meminta..
berkati setiap nafasku..
lindungi aku dari terus hanyut
dengan kemewahan kasih dan cinta
yang terkadang tiada batas
buat aku terkadang leka dan alpa

maafkan aku..jika kau disakiti
tiada niat ku
kerana aku
manusia..makhluk ALLAH yang sangat lemah
terkadang goyang imannya..
ku mohon tiada dendam untukku..
jika pernah aku usik hatimu tanpa ku sedari..
aku lupa untuk lisankan rasa kesal ku..
kerana aku akan selalu ada khilafnya..
kerana aku insan biasa.
kerdil lagi hina..

maaf.....




"AKU BUKAN BATU"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"APAKAH??"

"Suratan atau Kebetulan"

"Lelaki Sejati"