BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 10 Disember 2016

Buat yang baru

Salam a'laik

Buat yang tiba
Selamat datang ke dunia ini.
Tempat  yang penuh dengan drama dan cerita usang...
Tempat  ini akan mencabar minda dan iman mu..
Untuk buat pilihan yang terbaik  untuk  dirimu hari ini dan esok...
Sekelilingmu hanya mampu lihat  susah senang mu kerana itu semua pilihanmu...
Bercakap dan dengar memang banyak tempat untuk kau dapat..namun semuanya berbalik padamu...
Semoga  kau kuat..
Menangkis semua halangan datang..
Semoga kau tabah..
Menerima semua ketentuan Allah..
Semoga  kau tidak sesat..
Dengan permainan duniawi ini...
jangan pernah berhenti meminta padaNYa
Jangan pernah berhenti berdoa walau sesaat..
Jangan!

:buat anak-anak ku

Shazriel aiman rifqi.puteri saira aryssa.puteri adelia zahra.puteri aisyah humaira.kayla lim.azril rafael shah.ahmad gabriel shah.ariq mikail shah.noah samuel.

"Selamat datang ke dunia sementara ini"

Alhamdulillah 

Khamis, 1 Disember 2016

Luka masih nampak


Salam'alaik

Ya ALLAH!

aku masih belum mampu lupakan semuanya
adakah masih ada sisa kasih untuknya
aku masih belum mampu lupakan semua yang pernah diperlakukan dulu
sakit luka ini masih berdarah

aku sakit lagi nampaknya
adakah kerana aku belum redha
adakah kerana aku belum memaafkannya

bagaimana cara aku harus memaafkannya?
bagaimana cara aku tega untuk lupakan semua?
aku belum kuat nampaknya untuk tinggalkan semua itu
walau 7 musim sudah berlalu

kerana aku sunyi?
tidak mungkin
aku masih punya mereka
adakah kerana aku perlu di pimpin dan di pujuk?
mungkin juga
kerana terkadang hati menanggis namun tidak tahu pada siapa harus ku adukan
hati sedih dah lelah
tiada siapa yang ada disamping
hanya DIA yang sudi dengar dan fahami

Ya Tuhan ku
KAU tenangkanlah hati ini
KAU kuatkanlah jiwa ini
KAU tetapkanlah hati ini
terus bersamaMU
Istiqamah
Jangan KAU balikkan diriku
pada jalan yang sesat lagi




Ampunkan hambaMU yang lemah ini YA RABB!





"AKU BUKAN BATU"