Luka masih nampak


Salam'alaik

Ya ALLAH!

aku masih belum mampu lupakan semuanya
adakah masih ada sisa kasih untuknya
aku masih belum mampu lupakan semua yang pernah diperlakukan dulu
sakit luka ini masih berdarah

aku sakit lagi nampaknya
adakah kerana aku belum redha
adakah kerana aku belum memaafkannya

bagaimana cara aku harus memaafkannya?
bagaimana cara aku tega untuk lupakan semua?
aku belum kuat nampaknya untuk tinggalkan semua itu
walau 7 musim sudah berlalu

kerana aku sunyi?
tidak mungkin
aku masih punya mereka
adakah kerana aku perlu di pimpin dan di pujuk?
mungkin juga
kerana terkadang hati menanggis namun tidak tahu pada siapa harus ku adukan
hati sedih dah lelah
tiada siapa yang ada disamping
hanya DIA yang sudi dengar dan fahami

Ya Tuhan ku
KAU tenangkanlah hati ini
KAU kuatkanlah jiwa ini
KAU tetapkanlah hati ini
terus bersamaMU
Istiqamah
Jangan KAU balikkan diriku
pada jalan yang sesat lagi



Ampunkan hambaMU yang lemah ini YA RABB!





"AKU BUKAN BATU"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"APAKAH??"

"Suratan atau Kebetulan"

"Lelaki Sejati"