BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 22 Mei 2017

Woi!

Woi!
Jangan nak cerita tentang syurgalah
Kalau kau setiap saat menyakitkan hati orang!
Jangan nak cerita tentang syurgalah
Kalau kau belum jadi imam yang baik!
Jangan nak cerita tentang derhakalah
Kalau kau sendiri bukan anak yang baik pada orang tua kau!

Apa yang kau cakap semuanya tentang diri kau!

Kau tahu berapa hati yang kau dah lukakan?!
Kau tahu tak berapa jiwa yang telah kau aniayakan?!

Kau tak tahu !tak pernah ambil tahu!
Sebab kau fikir kau yang berkuasa seperti tuhan....
Perlu dipuja disanjung...
Menabur harta untuk tutup aib dan zalim nya kau!
Kau tahu tentang pembalasan tuhan pada apa yang kau telah lakukan??!!!
Tak kan?!!!
Sebab kau rasa kau tak pernah berdosa!

Tapi aku nak bagitau lah sikit...

Pembalasan Allah itu benar dan selalunya kau dapat cash takde hutang-hutang!

Kau tak pernah fikirkan yang mereka selalu doakan kau untuk dapat derita dan seksa tapi Allah tahan lagi doa itu taknak dimakbulkan...sebab nak bagi kau masa dan peluang untuk jadi hambaNYA...
Tapi kau???!!!

Sedih!!!

Notakaki :
Kejadian selepas balik dr aeon Dentist appointment
Balik kul 9pm
#busukhati
#hitamnyahatikau!

Sabtu, 28 Januari 2017

Binasa diri kerana bahasa

Kerana mulut badan binasa
Kerana bahasa hati terluka

Luka yg susah sembuh
Luka yg parutnya takkan hilang
Luka yg berdarah keringnya sebentar
Luka yg sakit rasanya berulang...

Tidakkah kau fikir hati yg kau aniaya ini
Tidak pernahkah terfikir dia telah byk berkorban utk kau??!
Tidak pernahkah sedetik kau renungkan susah payah yg dia pernah kongsi bersama dulu?

Hati kau kering..
Hati kau gelap..
Hati kau makin membusuk..
Hati kau sudah lama mati..

Cuba membela diri dengan fitnah
Menjatuhkan maruah orang lain demi kepentingan  diri..

Bukan tak pernah Allah "ajar"
Bukan tak pernah kau rasa sakit tenat...
Tapi kerana hati mati..
Kerana hidup tiada matlamat...
Hidupmu hilang pegangan..
Hidupmu hanya utk dunia...
Cintamu juga hanya bagi didunia...
Tiada siapa dpt tegur..tiada!!

Mereka berserah pada Allah
Kerana DIA berkuasa atas dirimu..
Semoga sempat kau minta maaf
Semoga mereka mampu maafkan kau..