Aku Berlari

sedang aku berlari mengejar jejak mereka,
makin jauh aku di tinggalkan..
mampukah aku berdiri lagi sama tinggi dengan mereka..
kerana waktu bukan banyak lagi

keringat mengejar tak pernah kering
kerana aku masih tiada haluan yang nyata
aku terkadang sebak dan jatuh terkulai
terkadang mengeluh minta ditolong
aku capek!

bila aku buka mata
aku terpaksa bangun lagi
hadap segala apa yang ada didepan
aku tak bisa menoleh kebelakang lagi
kerana yang lalu lebih buruk warnanya
aku harus terus pergi menongkah masa
sampai masa aku dihentikan oleh NYA

aku kena bangun kerana masih ada yang berpaut untuk aku bawa ke sana
itu amanahNYA
aku kena tanggung!
aku kena jaga!
biar sukar mana ujian MU
aku tahu..KAU lebih tahu apa kuatnya aku

mengejar mimpi bukan suatu yang mudah



"AKU BUKAN BATU"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"APAKAH??"

"Suratan atau Kebetulan"

"Lelaki Sejati"