Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

"Kau pergi jua"

Tanggal 28 julai 2013 bersamaan 19 ramadhan Terkilan rasa kerana Allah lebih sayangkan dia..tak sempat aku menatap wajahnya buat terakhir kalinya.. Kau pergi jua... Maafkan aku..kerana telat.. Bukan sengaja tapi keadaan ku sulit tika itu.. Aku bernawaitu setelah selesai urusan ku..akan aku susuli kau disana.. Namun Allah tidak mengizinkan kita bertemu... Aku redha... Doa ku dimakbulNYA.. Semoga DIA ampunkan segala dosamu.. Dengan kesakitan yang hadapi.. Semoga terhapus segala dosa dosa mu.. Kau sahabat dan anak yang baik.. Aku pasti kau pergi dengan tenang... Dan kini kau bahagia di sana.. Berita ini memang mengejutkan.. Namun semua yang berlaku adalah hakikat Janji ALLAH..mati itu pasti..bila dan bagaimana tiada siapa yang tahu..hanya DIA.. Aku rindu kau... Aku sayang kau... Hanya doa yang tinggal untuk aku selalu hadiahkan.. Tika rindu tiba... Akan aku ziarah tempat persemadiaanmu.. Satu hari nanti..insyaallah. . Dan kita akan bertemu kembali di akhirat nanti.