BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 18 Januari 2012

"terharu"

balik je dari lunch tadi aku dikejutkan dengan satu komen
dia memberi respon pada status profile aku hari ni,
kerana dia dekat dengan ku
dia tersentuh dengan kata-kata status itu..
pada mulanya aku tak rasa apa-apa bila nak taruk status tu
tapi bila ada yg menyokong dan respon..
aku rasa terharu lelebih lagi DIA yang bersuara
terima kasih diatas keperihatinan MU itu..
alhamdulillah..masih ada yang memahami..

Isnin, 16 Januari 2012

"am i in LOVE with YOU??"

aku terharu di atas keperihatinan mu
aku teruja bila dengar suara mu
aku malu bila bersua muka dengan mu
aku kaku bila ingin bersuara ketika bersama mu
aku gembira bila kamu fahami aku
aku rasa sunyi bila kamu membisu tanpa membalas 'text' ku
aku tertanya-tanya adakah aku ada tersilap kata atau tersalah perbuatan bila bersama kamu
aku buntu bila cuba ingin berkomunikasi dengan mu
aku mahu selalu kamu ada di sisi ku
aku mahu kamu selalu hubungi aku
tapi kita bukan sesiapa
mungkinkah aku saja yang bertepuk sebelah tangan
AM I IN LOVE WITH YOU???

Rabu, 4 Januari 2012

"SYUKUR"

Alhamdulillah...
KAU masih izinkan aku terus bernafas..
KAU masih izinkan aku melihat anak-anak ku ketawa..
KAU masih izinkan aku melihat semalam..
syukur tak terhingga..
KAU masih izinkan aku..baiki diri dalam ibadah ku sebelum aku bertemu MU..