Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

"Dinding"

Imej
Kalanya ada yang tak terucap Ada yang menahanku dan  terus melepaskan... Jendela hatiku seakan tertutup  Namun tak bermakna ku tidak merasa kesal 
Dinding hatiku ini semakin rapuh  Terhakis tercalar oleh emosi sendiri  Yang dulunya tegar mengelilingi hatiku Kini diriku ancaman sendiri
Kalanya ada  yang tak terungkap Kerman ada  perasaan yang perlu kufikirkan  Kini mula  berubah menjadi dendam  Lalu  merah darah ku mengalir kotor dan hitam 
Dinding hatiku kini semakin rapuh Terhakis tercalar oleh emosi sendiri Yang dulu tegar mengelilingi hatiku Kini diriku ancaman sendiri 
Dinding hatiku kini roboh dan hancur Terduduk dan buntu dalam dilema sepi  Yang dulunya teguh sebagai kubu hatiku Kini dihancur tangan sendiri 

Aku bukan batu  Namun hijrah ku Bermula disini