"Dinding"

Kalanya ada yang tak terucap 
Ada yang menahanku dan  terus melepaskan...
Jendela hatiku seakan tertutup 
Namun tak bermakna ku tidak merasa kesal 

Dinding hatiku ini semakin rapuh 
Terhakis tercalar oleh emosi sendiri 
Yang dulunya tegar mengelilingi hatiku
Kini diriku ancaman sendiri

Kalanya ada  yang tak terungkap
Kerman ada  perasaan yang perlu kufikirkan 
Kini mula  berubah menjadi dendam 
Lalu  merah darah ku mengalir kotor dan hitam 

Dinding hatiku kini semakin rapuh
Terhakis tercalar oleh emosi sendiri
Yang dulu tegar mengelilingi hatiku
Kini diriku ancaman sendiri 

Dinding hatiku kini roboh dan hancur
Terduduk dan buntu dalam dilema sepi 
Yang dulunya teguh sebagai kubu hatiku
Kini dihancur tangan sendiri 


Aku bukan batu 
Namun hijrah ku
Bermula disini 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Berlari

N2-01-13@Carribean, Gambang

Buat yang baru