BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 23 November 2012

"LEKA"

lama sudah ku tinggalkan lembaran ruang ini
kekangan waktu menghalang aku untuk kemari
maaf jika ada yang menanti ku di sini..
namun aku hanya manusia biasa...
yang terkadang kalah dengan tuntutan waktu dan keadaan..

alhamdulillah,
aku masih di beri kesempatan menemui kalian disini
sahabat peneman yang sama berjuang demi hidup yang penuh dengan ujian ini
namun jangan sekali kita mengeluh dan persoalkan tentang setiap ujian ini
pastinya DIA cintai kita..
jangan menanggis pada yang sia-sia..
relakan segalanya pada yang lebih berhak..

ku panjatkan syukur..
atas segala nikmat ini..
kau, aku..mereka...
dia..kalian...
yang mencintai..dan dicintai..
hargailah setiap detik yang ada..
jangan pernah lalai untuk berpaling
menghargai apa yang ada di depan mata..
lihat dengan hati..
tuluslah jiwa..
kaliskanlah mata..
jangan pernah berhenti..
meminta pada NYA...






"AKU BUKAN BATU"

Selasa, 9 Oktober 2012

"syukur 2"


aku bahagia bersama teman-temanku kini
aku bahagia dengan hidupku kini
aku bahagia dengan cerita cinta ku kini
aku bahagia dengan segala ada di depanku kini
aku percaya..
untuk mencari dan dapatkan yang terbaik
aku harus jadi yang terbaik..

INSYAALLAH...

-alhamdulillah-

syukan YA RABB...
dengan nikmat ini
rezeki ini
amanah ini
nafas ini
susuk ini
waktu ini
senyuman ini
airmata ini
dan segalanya ini..amin..

"AKU BUKAN BATU"

"mampukah"

aku selalu fikirkan..
adakah aku mampu untuk menjadi yang terbaik untuk mereka
dapatkah aku jadikan mereka yang terbaik dari aku
mampukah aku sempurnakan mimpi-mimpi mereka
dan mampukah aku sempurnakan tanggungjawab yang besar ini..
aku masih belum jadi yang terbaik
kerana diri ku belum jadi yang terbaik
sempurnakah mereka kala hidup bersama ku
aku khuwatir..
mereka akan jadi seperti aku
TIDAK!!
aku tak mahu mereka jadi seperti aku
aku tak mahu mereka ulangi kesilapan kami
sudah..cukup sudah!!
aku tak mahu..

hanya DIA yang lebih mengerti..!












"AKU BUKAN BATU"

"kebetulankah itu??"

salam perkenalan secara kebetulan??
ALLAH makbulkan isi hati aku..
ALLAH gerakkan hati dia untuk mendekati aku..
bicara pendek mulakan satu hubungan..mungkinkah ada sesuatu untuk aku di hadapan sana??
penantian yang sepatutnya aku sendiri yang tentukan..
samaada JADI atau TIDAK..
mungkin perkenalan itu satu tanda..dan petunjuk dariNYA
bahawa aku harus menyisir keluar dari jalanan aku kini
pergi mulakan langkah baru ke jalan yang lebih barakah?!
aku akui aku masih lemah dan tidak berani untuk bertindak lagi
kerana masih fikirkan mereka disekelilingku..
SUBHANAALLAH..
aku tidak akan pernah berhenti meminta
aku tidak akan mahu berhenti
selagi aku masih KAU nyawakan lagi..
semoga KAU ampuni aku..
bila aku terleka dan lalai..
aku mohon..jangan pernah tinggalkan aku..
kerana hidup ku tidak akan pernah bahagia
tanpa redhaMU...



-aku takut YA RABB!!"




"AKU BUKAN BATU"

Jumaat, 18 Mei 2012

"tekad"


semalam selesai yassin ku aminkan
aku tekad..aku hubungi dia
dia yang aku temu tanpa aku duga
dia yang aku soal tanpa rasa gentar

Alhamdulillah..
Maha Esa telah tentukan aku untuk bertemu dia
mungkin ini petunjuk Allah bagi permudahkan niat aku yang rahsia
Terima kasih atas nasihat yang singkat
perbualan yang amat bermakna buat ku
dan aku teruja bertemu dengan mereka dikalangan kumpulan
seorang pencoret kisah dunia...

aku menyimpan hasrat untuk jadi seperti mereka
hasil kerjanya dan idea mereka di baca umum
alangkah berbangganya jika aku
dapat menghasilkan sesuatu seperti mereka
keberanian ini masih belum ada
atau mungkin aku saja yang beralasan ?!

Ya Rabb
aku bahagia dengan kehidupan yang KAU sisakan untukku hingga saat ini
aku bersyukur KAU masih tetapkan hati ku untuk terus sujud padMU
seorang hamba yang lemah dan mudah goyah dengan godaan dunia
Nauzubillah..
jauhkanlah aku YA ALLAH
dari mereka yang merosakkan jiwa
ampuni aku YA RABB
kerana sujudku masih belum sempurna

Astaghfirullahahazimm..





Jumaat, 27 April 2012

"RAPUH"




Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu












"AKU BUKAN BATU"

Rabu, 18 April 2012

"buntu"

malas yang lebih banyak dalam graf membuatkan laman ini sepi dan sunyi

aku sedang berusaha untuk mengurangkan graf itu bertukar menjadi rajin..
bukan malas sengaja
kekadang ada masa tiada idea pula
ada idea tiada masa pula
dan kekadang punya kedua-duanya
keadaan pula tidak mengizinkan..
aku mencuba seperti mereka..
aku mencuba untuk melangkah ke jalan yang lain
jalan yang terpendam 
jalan yang belum sempat keluar untuk di terjemahkan..
aktif untuk ke sini..
harus aku lalui banyak perkara
mungkin silap aku juga..
lalai menguruskan masa..
maaf...

Selasa, 28 Februari 2012

"walau sesaat"

sebenarnya..

aku tak mahu berpisah dengan kamu 
walau sesaatpun
kalau bisa..
ingin aku kendong dan bawa bersama 
ke setiap sudut dunia aku pergi
tapi,
keadaan masa dan diri menghalang aku 
aku tak mampu
tapi aku akan tunggu momen itu
pasti akan datang jika umur ku ada
kita akan selalu bersama
tiada siapa akan dapat pisahkan kita
kecuali ALLAH
aku akan SABAR...

kerana aku cinta KAMU..

"syukran ya zillan"

alhamdulillah..

aku masih diberi peluang untuk terus bernafas lagi di hari ini..
saat ini..aku menghitung segala perkara yang berlalu,
segalanya belum reda..
aku masih belum mampu memaafkannya..
rasanya semua yang berlaku masih baru 
walau hakikatnya sudah hampir dua belas purnama..
aku mencuba baiki hati ini
untuk memaafkan kalian..
tapi belum boleh lagi..
bukan sombong atau bongkak
tapi luka ini masih berdarah
dan aku tak mahu kalian lihat semua itu..biarkan aku ubatinya sendiri
bila sembuhnya..hanya ALLAH yang tahu..

namun..aku berterima kasih atas pengalaman ini
aku mampu lihat kesanggupan diri
dalam ujian ALLAH ini
aku bersyukur teramat tinggi..
aku mampu bahagia tanpa kalian disisi
malah aku lebih bahagia
bersama dia dan dia sahaja
disini..meneruskan sisa-sisa hidup
baiki iman dan ibadah
mencari redha dan hidayah 
InsyaALLAH..
segalanya akan selesai..
cuma belum tiba saat dan masanya..
namun aku akan terus berusaha
memaafkan kalian..

....syukran ya zillan...


Isnin, 13 Februari 2012

"PENJARA JANJI"

Hatiku digirisnya lagi 
Kali ini lebih dalam dan pedih 
Kerna aku sudah berjanji 
Dia cinta ku yang terakhir 

Sungguh tak pernah ku menduga 
Dia akan mengulanginya semula 
Namun untuk menodai cinta 
Dan membiarkan aku sengsara 

Dia tempat ku sandar 
Angan ku pendamkan 
Satu percintaan 
Yang bisa ku jadikan 
Tangga-tangga ku ke pintu syurga 
Meleraikan rindu 

Mengecap bahagia 
Yang kerap dimadah 
Insan yang murni 
Yang dah rasakan cinta 
Yang aku... mimpi



"AKU BUKAN BATU"

Khamis, 9 Februari 2012

'tambah satu lagi tahun'

"AKU BUKAN BATU"

alhamadulillah..
tak terhingga syukurku..hingga saat ini aku masih diberi nafas hidup
masih ada masa dan peluang untuk baiki mana yang bocor di kapal karam ku
melihat anak-anak ku menanggis ketawa lagi
merasa sakitnya hati bila dilukai
merembes segala sesal yang terbuku lagi
luka itu makin sembuh kerana DIA sabarkan aku
tiada kata yang layak diganti..bukan takat terima kasih..
tinggi RASA itu..tak terjangkau HATI ini
lelehan airmata aku untuk kali ini lebih tega dan kebal
aku akan tukar..yang karam akan ku bangunkan jua
ku selalu harap DIA tidak lupakan aku
walau kadang aku lalai dan kaku..
JANGAN TINGGALKAN AKU

......amin......

Rabu, 18 Januari 2012

"terharu"

balik je dari lunch tadi aku dikejutkan dengan satu komen
dia memberi respon pada status profile aku hari ni,
kerana dia dekat dengan ku
dia tersentuh dengan kata-kata status itu..
pada mulanya aku tak rasa apa-apa bila nak taruk status tu
tapi bila ada yg menyokong dan respon..
aku rasa terharu lelebih lagi DIA yang bersuara
terima kasih diatas keperihatinan MU itu..
alhamdulillah..masih ada yang memahami..

Isnin, 16 Januari 2012

"am i in LOVE with YOU??"

aku terharu di atas keperihatinan mu
aku teruja bila dengar suara mu
aku malu bila bersua muka dengan mu
aku kaku bila ingin bersuara ketika bersama mu
aku gembira bila kamu fahami aku
aku rasa sunyi bila kamu membisu tanpa membalas 'text' ku
aku tertanya-tanya adakah aku ada tersilap kata atau tersalah perbuatan bila bersama kamu
aku buntu bila cuba ingin berkomunikasi dengan mu
aku mahu selalu kamu ada di sisi ku
aku mahu kamu selalu hubungi aku
tapi kita bukan sesiapa
mungkinkah aku saja yang bertepuk sebelah tangan
AM I IN LOVE WITH YOU???

Rabu, 4 Januari 2012

"SYUKUR"

Alhamdulillah...
KAU masih izinkan aku terus bernafas..
KAU masih izinkan aku melihat anak-anak ku ketawa..
KAU masih izinkan aku melihat semalam..
syukur tak terhingga..
KAU masih izinkan aku..baiki diri dalam ibadah ku sebelum aku bertemu MU..