"tekad"


semalam selesai yassin ku aminkan
aku tekad..aku hubungi dia
dia yang aku temu tanpa aku duga
dia yang aku soal tanpa rasa gentar

Alhamdulillah..
Maha Esa telah tentukan aku untuk bertemu dia
mungkin ini petunjuk Allah bagi permudahkan niat aku yang rahsia
Terima kasih atas nasihat yang singkat
perbualan yang amat bermakna buat ku
dan aku teruja bertemu dengan mereka dikalangan kumpulan
seorang pencoret kisah dunia...

aku menyimpan hasrat untuk jadi seperti mereka
hasil kerjanya dan idea mereka di baca umum
alangkah berbangganya jika aku
dapat menghasilkan sesuatu seperti mereka
keberanian ini masih belum ada
atau mungkin aku saja yang beralasan ?!

Ya Rabb
aku bahagia dengan kehidupan yang KAU sisakan untukku hingga saat ini
aku bersyukur KAU masih tetapkan hati ku untuk terus sujud padMU
seorang hamba yang lemah dan mudah goyah dengan godaan dunia
Nauzubillah..
jauhkanlah aku YA ALLAH
dari mereka yang merosakkan jiwa
ampuni aku YA RABB
kerana sujudku masih belum sempurna

Astaghfirullahahazimm..





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"APAKAH??"

"Suratan atau Kebetulan"

"Lelaki Sejati"