Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

"walau sesaat"

sebenarnya..
aku tak mahu berpisah dengan kamu  walau sesaatpun kalau bisa.. ingin aku kendong dan bawa bersama  ke setiap sudut dunia aku pergi tapi, keadaan masa dan diri menghalang aku  aku tak mampu tapi aku akan tunggu momen itu pasti akan datang jika umur ku ada kita akan selalu bersama tiada siapa akan dapat pisahkan kita kecuali ALLAH aku akan SABAR...
kerana aku cinta KAMU..

"syukran ya zillan"

alhamdulillah..aku masih diberi peluang untuk terus bernafas lagi di hari ini.. saat ini..aku menghitung segala perkara yang berlalu, segalanya belum reda.. aku masih belum mampu memaafkannya.. rasanya semua yang berlaku masih baru  walau hakikatnya sudah hampir dua belas purnama.. aku mencuba baiki hati ini untuk memaafkan kalian.. tapi belum boleh lagi.. bukan sombong atau bongkak tapi luka ini masih berdarah dan aku tak mahu kalian lihat semua itu..biarkan aku ubatinya sendiri bila sembuhnya..hanya ALLAH yang tahu..
namun..aku berterima kasih atas pengalaman ini aku mampu lihat kesanggupan diri dalam ujian ALLAH ini aku bersyukur teramat tinggi.. aku mampu bahagia tanpa kalian disisi malah aku lebih bahagia bersama dia dan dia sahaja disini..meneruskan sisa-sisa hidup baiki iman dan ibadah mencari redha dan hidayah  InsyaALLAH.. segalanya akan selesai.. cuma belum tiba saat dan masanya.. namun aku akan terus berusaha memaafkan kalian..
....syukran ya zillan...

"PENJARA JANJI"

Hatiku digirisnya lagi 
Kali ini lebih dalam dan pedih 
Kerna aku sudah berjanji 
Dia cinta ku yang terakhir 

Sungguh tak pernah ku menduga 
Dia akan mengulanginya semula 
Namun untuk menodai cinta 
Dan membiarkan aku sengsara 

Dia tempat ku sandar 
Angan ku pendamkan 
Satu percintaan 
Yang bisa ku jadikan 
Tangga-tangga ku ke pintu syurga 
Meleraikan rindu 

Mengecap bahagia 
Yang kerap dimadah 
Insan yang murni 
Yang dah rasakan cinta 
Yang aku... mimpi


"AKU BUKAN BATU"

'tambah satu lagi tahun'

"AKU BUKAN BATU"

alhamadulillah..
tak terhingga syukurku..hingga saat ini aku masih diberi nafas hidup
masih ada masa dan peluang untuk baiki mana yang bocor di kapal karam ku
melihat anak-anak ku menanggis ketawa lagi
merasa sakitnya hati bila dilukai
merembes segala sesal yang terbuku lagi
luka itu makin sembuh kerana DIA sabarkan aku
tiada kata yang layak diganti..bukan takat terima kasih..
tinggi RASA itu..tak terjangkau HATI ini
lelehan airmata aku untuk kali ini lebih tega dan kebal
aku akan tukar..yang karam akan ku bangunkan jua
ku selalu harap DIA tidak lupakan aku
walau kadang aku lalai dan kaku..
JANGAN TINGGALKAN AKU

......amin......