"syukran ya zillan"

alhamdulillah..
aku masih diberi peluang untuk terus bernafas lagi di hari ini..
saat ini..aku menghitung segala perkara yang berlalu,
segalanya belum reda..
aku masih belum mampu memaafkannya..
rasanya semua yang berlaku masih baru 
walau hakikatnya sudah hampir dua belas purnama..
aku mencuba baiki hati ini
untuk memaafkan kalian..
tapi belum boleh lagi..
bukan sombong atau bongkak
tapi luka ini masih berdarah
dan aku tak mahu kalian lihat semua itu..biarkan aku ubatinya sendiri
bila sembuhnya..hanya ALLAH yang tahu..

namun..aku berterima kasih atas pengalaman ini
aku mampu lihat kesanggupan diri
dalam ujian ALLAH ini
aku bersyukur teramat tinggi..
aku mampu bahagia tanpa kalian disisi
malah aku lebih bahagia
bersama dia dan dia sahaja
disini..meneruskan sisa-sisa hidup
baiki iman dan ibadah
mencari redha dan hidayah 
InsyaALLAH..
segalanya akan selesai..
cuma belum tiba saat dan masanya..
namun aku akan terus berusaha
memaafkan kalian..

....syukran ya zillan...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"APAKAH??"

"Suratan atau Kebetulan"

"Lelaki Sejati"