Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

"Lelaki Sejati"

Bagaimanakah lelaki sejati? Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya… Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran… Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa… Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah… Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan… Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu… Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya… Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan… Lelaki

"perasan"

seminggu sejak ahad kamis baru nampak muke untuk 2 jam saje pun pastu balik..amik ubat kononnye.. sampai sudah tak nampak muke lagi dah.. boy girl wif me.. biarlah mama yang buat semua ni sian anak mama.. takpe ALLAH itu adil sayang.. aku text..tak berjawap.. jumaat diam jek.. till kul 8pm..tetibe.. "still got d blues"-rang!! malas nak jawap... kami baru kuar menuju ke L.W.C.P.D. sekali je pun 'rang' senyap dah..tiada susulan lanjut.. sabtu kul 'tengah hari' called..banyak kali..nape ek? last2 text aje.. tanye pasal jadi ke 'golf' tu? shit!! ingat nak tahu kami ni macamane?? hish...aku 'perasan' lagi.. kat sane lagi katenye..lunch..dinner pun.. nak cakap ngan dorang.. tido dah.. erm..ok la itu je??! malam ni buat pe plak tu..esok??? hish..nape nak pikir lagi.. lepaskan lah...dia bukan milikmu.. sudah tu sudah laahh.. ALLAH sentiasa bersama mu semua ini hanya pinjaman DIA.. REDHAkan lah IA.. tapi..

"iQra"

Lame tak menjengah ke sini ade seminggu.. catatan diary berjalan jua :p pasti, untuk dia dan mereka.. hurm..tak tercapai tangan untuk kejar masa diri sendiri pun tak terjaga dengan sempurna aku cuba..dan akan terus mencuba badan tak usah cakaplah.. sakit sini sana..ah tak yah lah pikir tahankan aje.. tapi... "AKU BUKAN BATU" :p

"magika"

penat..letih. tak daya rasanye tanggung semua ni sendiri.. tapi aku kena kuat.. kerana apa yang jadi adalah rancagan maha ESA pasti ada hikmahnya.. aku yakin.. keje dari pagi sampai petang di pejabat balik melayan dan menguruskan anak belum sempat nak luruskan pinggang, rumah perlu dikemas.. homework untuk class tak siap lagi sempat ke?? nak facial muka sendiri pun rasa tak sempat tak cukup tangan rasanya.. arghh... letihlah.. nak menanggis pun tak guna tak dapat selesaikan masalah pun tiada siapa pun yang dapat tolong kecuali diri sendiri untuk sendiri.. arghh..letih.. bila masa untuk manjakan badan.. bila masa aku dapat minum dengan kawan-kawan ermm.. tak sempat rasanya.. penat dan letih untuk kejar semua masa.. tertekan sungguh.. argghhhhh.....   :( aku bukan batu!

"tanya sama pokok"

kebiasaan hari mengejar setiap ruang dengan tak tercapai tangan mampukah aku bertahan senyap sunyi sepi bersama senyum dan tawa tiada siapa tahu tiada siapa cuba faham dalam diri ini sedang berperang menangkis pelbagai jurang dan aral kekadang rasa tersungkur tak lalu nak bangkit lagi kekadang rasa gah kerana sampai ke seberang situ mereka masih ada aku kena bangun aku kena tabah dan terus sabar memunajat selalu tinggalkan kekalutan insyaAllah..redha dan dilindungi jauh maksiat,syirik dan khurafat jauh lagi untuk munafik.. Nauzubillah.. Alhamdulillah.. 

"BMW"

Ishk..liat sungguh nak buka mata Nak bangkit pun berat Kat luar mendung je Dingin..lagi sedap tido.. Puteri merengek nak susu Abang merengek nak 'tinge' mintak dipeluk Intan payung mama Manja sungguh.. Aku kena bangun Ada keje delay Nak kena submit jap lagi.. Fuh..akhirnya Sampai gak opis.. Alhamdulillah Sempat setlekan semua InsyaAllah Ada rezki Bebaloilah usaha ini Tanpa kawan aku sorang ni Mungkin aku tak dapat selesaikan Terima kasih ye OBO!

"ISNIN"

pagi yang cerah..! heheh..malasnye nak gi keje.. tapi kene pegi gak coz ade keje lagi tak siap.. hish.. comeynye my princess.. hurmm..hensemnye my hero.. permata hidup mama.. aku kene keje unuk mereka GET UP!! check fone.. miss call.. hah?! dia call me?? at 1012 am tak dengar lak tadi... 12pm return call balik.. sound happy there tapi dia nak sorok dari aku maybe dia tak nak aku jeles kot..hahaha takde la..nape nak jeles kalau itu ketawa bahagia.. aku tumpang sekali la anyway..thanx for callling key.. ape-ape pun.. "AKU BUKAN BATU"

"PLEASE GO"

kemarin rush up siap nak balik kampung sian kat org tua tu nak balik sane tapi tak de org nak drive kan tetibe 'dia' ade dalam episod kemarin itu pun kebetulan aku ballik umah kot.. lepas maghrib kiteorg gerak sampai dalam kul 11malam lebih gitu Esok nak kene gerak awal pulak coz 'dia' ade janji dgn kawan dia kenapa la haiii...?? esok kan AHAD, bukan untuk family ke?? ke dah tukar..weekdays with friends, weekend pun wif friends.. Ooo..lupe..bujang.. sibuk je aku ni kan! cubaan untuk menggagalkan plan dia tak berjaya kawan dia pun same..!!tak boleh harap! takpe lah tak payah mencube lagi.. dan semalam aku dapat cerita.. memang rumit keadaan ni makin menyusahkan aku dan menyesakkan nafas aku lagi tak mungkin aku berpaling (ceh..cam lagu slam lak..) sudah tu sudah lah.. tak larat nak layan lagi.. penat dengan lakonan dunia 'dia' aku dah bosan..! just PLEASE GO...

"Ep 3"

Dah sampai untuk 3 hari 3 malam Tiada apa yg brubah Keadaan tetap begitu Kami masih dibelakangkan Apa guna serabutkan kepala Untuk buat pertimbangan Mungkin ini petunjuk Allah Bagi aku yakin dan makin pasti Sayang sungguh Bicara spt tiada apa Merancang spt tidak akan putus Patutkah aku biarkan saja dan jadi tunggul semata Cara itu buat semuanya kembali OK Aku tahu Tapi apa matlamat hidup dalam organisasi ini Generasiku bakal rosak perkembangannya Sepatutnya aku lari dari khilaf itu Ya tuhan berikanlah aku jalan..! "Aku Bukan Batu"

"EP 2"

Imej
aku pegi tempat dia aku jamah di majlis dia aku nampak dia happy sangat syukur.. aku tumpang jugak. tapi, sejak hari itu.. aku asik terfikirkan dia kenapa macam tu? aku nampak dia online aku tahu dia kat situ tapi aku takut nak 'sapa' dulu sebab aku tak tahu keadaan dia di sana tetibe 'ping!' dari dia..!!! dalam jam macam ni?? aku jawab..  dia cari aku masa tu.. dia tak nampak aku tapi aku jelas nampak dia tak sempat nak snap sama dengan dia sebab keadaan aku tak mengizinkan masa tu tapi aku sempat snap muka happy dia kamu nampak hebat dalam merah tu aku minta maaf tak sempat nak say goodbye pun yelaa..dia bz dan aku  tak mampu aku pun tak nak tunggu lelama.. aku tepati janji aku untuk hadir tapi bukan untuk lihat seluruhnya.. aku takut aku tak kuat terima kasih kerana masih sudi untuk adakan diri kamu selalu tapi yang pasti keadaan akan berubah jadi lain mungkin dia tak kisah tapi aku ada masalah takpe la..aku tahu jaga diri..dan dia

"Happy New Year"

baru 5 hari kite jejakkan diri dalam tahun baru kan?!  so, happy new year buat sahabat handai,keluarga dan sekalin umat MUHAMMAD S.A.W. tahun baru ISLAM dah lebih sebulan kita 'sambut' tapi tidak pada semua manusia di bumi ini.. yang pasti setiap tahun baru kita akan set azam baru pada diri.. yang lepas dah habis tunaikan semua ke?? hurm..kena check balik ni.. tapi rasanya hamppir semua dah tertunai... :p aku sambut new year kat hospital tawakal.abah warded. aku,mama,afiq,aiman dan aryssa tunggu jam 12 malam tu.. nak tengok bunga api dari KLCC nak kasi AIMAN tengok bunga api cantik tu..heheh dah abis bunga api tu kami pun balik lah.. mama kena tinggal jaga abah.. so aku balik dgn afiq,aiman dan aryssa.. ARYSSA mengamuk nak tido..sib baik AIMAN tak meragam jugak..if not panic aku mana nak drive lagi..nak pujuk anak yang menanggis lagi.. saat macam ni aku SEDIH..PILU rasa hati.. aku mengharungi kepayahan membesarkan anak-anak sendiri sedangkan yang patut berko

"tahun baru"

Tahun baru dah tiba.. Bertambahlah lagi nombor diusia aku Masih adakah peluang itu untuk aku rasakan penambahan usia itu? Masihkah ada esok untuk aku melihat anak-anakku membesar lagi? Masihkah ada masa untuk aku bertaubat lagi? "Wahai orang orang yang beriman! sebarkanlah apa yang telah kami berikan kepada kamu,sebelum tibanya hari(kiamat) yang tidak ada JUALBELI padanya ,dan tidak ada kawan TEMAN,serta tidak ada pula pertolongan SYAFAAT.Dan orang orang kafir, mereka itulah orang orang yang zalim."(AL-FATH AYT.10.) "Wahai orang orang yg beriman! masuklah Islam keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu." (AL-MARYAM AYT.87.) "AKU BUKAN BATU"

"EP 1"

"AKU BUKAN BATU" yang hanya akan duduk diam dan biarkan kamu perbodohkan aku lagi aku harus terus melangkah,takkan menoleh lagi.. biarkanlah orang keliru melihat aku yang pastinya.. aku tahu apa yang aku mahu "Aku Bukan Batu" Yang hanya akan terus menyaksikan adegan-adegan layar kamu Jika ianya tulus dan benar sekali pun Aku tetap akan terus curiga dan kecewa biarkanlah orang marahkan aku Asal aku tahu aku takkan disakiti lagi Aku mahu kamu rasakan apa yang aku rasa Kerana aku mahu kamu faham Apa yang aku tanggung selama ini Maafkan aku kerana tegar Tapi kamu yang memaksa ini semua "Aku Bukan Batu!"