Catatan

Pulang ke ganggang

1 FEB 2025 5:02pm Rumah AbahMama Lama…cukup lama….aku tinggalkan ruangan ini, Kerana sibukkan dunia tipu-tipu ini Puas berlari hingga akhir pulang ke sarang Sememangnya tak boleh jauh. Itu AKU. walau susah mana aku nak sama-sama mereka Percaya ALLAH tidak pernah tinggalkan aku. Terima kasih tuhan. "AKU BUKAN BATU" From Blogger iPhone client

bersama harapan yang baru

hari ini sudah kira lama aku mengetahui rahsia kau kau perjudikan lagi nasib wanita dan zuriat kau demi ego dan kesombongan dirimu! tidak puaskah selama ini kau hampakan harapan anak-anak kau??!! tidak nampakkah apa yang kau dapat dari perbuatan kau dulu?? atau kau sememangnya tak kisah untuk hilang zuriat pertama ALLAH bagi pada kau?! kenapa hitamnya hati itu kenapa angkuh lagi sombong kau pada tuhan pada ayah ibu mu Ya ALLAH, jauh sudah hatimu dari jalan NYA kasihan ayah ibu mu mereka menanggung beban dosa-dosa mu ini kah balasan nya pada mereka yang memanjakan kau dengan 'kemewahan'? mereka dah tua kau patut jaga mereka sekarang bukan beban kan mereka untuk tampung tanggungjawap kau! semoga ALLAH izinkan hati mu untuk pulang pulang sebelum DIA jemput kau akhir waktu itu, tak mugkin sempat kau nak tutup semua khilaf kau itu mungkin tak sempat nak mohon maaf "AKU BUKAN BATU"

Aku Berlari

sedang aku berlari mengejar jejak mereka, makin jauh aku di tinggalkan.. mampukah aku berdiri lagi sama tinggi dengan mereka.. kerana waktu bukan banyak lagi keringat mengejar tak pernah kering kerana aku masih tiada haluan yang nyata aku terkadang sebak dan jatuh terkulai terkadang mengeluh minta ditolong aku capek! bila aku buka mata aku terpaksa bangun lagi hadap segala apa yang ada didepan aku tak bisa menoleh kebelakang lagi kerana yang lalu lebih buruk warnanya aku harus terus pergi menongkah masa sampai masa aku dihentikan oleh NYA aku kena bangun kerana masih ada yang berpaut untuk aku bawa ke sana itu amanahNYA aku kena tanggung! aku kena jaga! biar sukar mana ujian MU aku tahu..KAU lebih tahu apa kuatnya aku mengejar mimpi bukan suatu yang mudah "AKU BUKAN BATU"

"bangkit"

salam'alaik... hari ini .. tarikh ini... terus menghantui aku.. tetap datang angka itu bersilih tahun... namun keadaannya tak kan pernah sama.. semuanya hilang dan pergi.. rasa bersalah pada mereka takkan pernah padam.. bukan aku mahu semua ini.. aku tak pernah minta.. namun apa daya aku hanya insan yang lemah.. hambaNYA yang hina lagi goyah imannya.. izinkan aku bangkit dengan cita-cita dan mimpi-mimpi baru izinkan aku betul kan khilafku dulu izinkan aku perbaiki kelemahan aku.. izinkan aku jadi aku yang baru.. ampun.maaf.. aku tahu semua itu tidak dapat kembalikan senyummu.. tapi itu saja aku mampu.. izinkan aku bangkit... (...buat kalian yang aku cintai..) 08/08/2008-08/08/2017 "AKU BUKAN BATU"

Berlalulah sudah Syawal

25hb julai 2017 01 zulkaedah Berlalulah sudah syawal Perginya tanpa aku sedar Berlalu pantas sepertinya ramadhan Makin hari makin sikit waktu yang tertinggal Kami makin jauh Berjalan dengan ego masing-masing Sibuk dengan hati sendiri Berkejaran berlari didunia yang entah mana hujungnya... Makin hari makin kosong Hujungnya pasti mati Namun kelam menanti mati, Buat ramai hati sedih dan murung

Woi!

Woi! Jangan nak cerita tentang syurgalah Kalau kau setiap saat menyakitkan hati orang! Jangan nak cerita tentang syurgalah Kalau kau belum jadi imam yang baik! Jangan nak cerita tentang derhakalah Kalau kau sendiri bukan anak yang baik pada orang tua kau! Apa yang kau cakap semuanya tentang diri kau! Kau tahu berapa hati yang kau dah lukakan?! Kau tahu tak berapa jiwa yang telah kau aniayakan?! Kau tak tahu !tak pernah ambil tahu! Sebab kau fikir kau yang berkuasa seperti tuhan.... Perlu dipuja disanjung... Menabur harta untuk tutup aib dan zalim nya kau! Kau tahu tentang pembalasan tuhan pada apa yang kau telah lakukan??!!! Tak kan?!!! Sebab kau rasa kau tak pernah berdosa! Tapi aku nak bagitau lah sikit... Pembalasan Allah itu benar dan selalunya kau dapat cash takde hutang-hutang! Kau tak pernah fikirkan yang mereka selalu doakan kau untuk dapat derita dan seksa tapi Allah tahan lagi doa itu taknak dimakbulkan...sebab nak bagi kau masa dan peluang untuk jadi hamba...

Binasa diri kerana bahasa

Kerana mulut badan binasa Kerana bahasa hati terluka Luka yg susah sembuh Luka yg parutnya takkan hilang Luka yg berdarah keringnya sebentar Luka yg sakit rasanya berulang... Tidakkah kau fikir hati yg kau aniaya ini Tidak pernahkah terfikir dia telah byk berkorban utk kau??! Tidak pernahkah sedetik kau renungkan susah payah yg dia pernah kongsi bersama dulu? Hati kau kering.. Hati kau gelap.. Hati kau makin membusuk.. Hati kau sudah lama mati.. Cuba membela diri dengan fitnah Menjatuhkan maruah orang lain demi kepentingan  diri.. Bukan tak pernah Allah "ajar" Bukan tak pernah kau rasa sakit tenat... Tapi kerana hati mati.. Kerana hidup tiada matlamat... Hidupmu hilang pegangan.. Hidupmu hanya utk dunia... Cintamu juga hanya bagi didunia... Tiada siapa dpt tegur..tiada!! Mereka berserah pada Allah Kerana DIA berkuasa atas dirimu.. Semoga sempat kau minta maaf Semoga mereka mampu maafkan kau..

Buat yang baru

Salam a'laik Buat yang tiba Selamat datang ke dunia ini. Tempat  yang penuh dengan drama dan cerita usang... Tempat  ini akan mencabar minda dan iman mu.. Untuk buat pilihan yang terbaik  untuk  dirimu hari ini dan esok... Sekelilingmu hanya mampu lihat  susah senang mu kerana itu semua pilihanmu... Bercakap dan dengar memang banyak tempat untuk kau dapat..namun semuanya berbalik padamu... Semoga  kau kuat.. Menangkis semua halangan datang.. Semoga kau tabah.. Menerima semua ketentuan Allah.. Semoga  kau tidak sesat.. Dengan permainan duniawi ini... jangan pernah berhenti meminta padaNYa Jangan pernah berhenti berdoa walau sesaat.. Jangan! :buat anak-anak ku Shazriel aiman rifqi.puteri saira aryssa.puteri adelia zahra.puteri aisyah humaira.kayla lim.azril rafael shah.ahmad gabriel shah.ariq mikail shah.noah samuel. "Selamat datang ke dunia sementara ini" Alhamdulillah 

Luka masih nampak

Imej
Salam'alaik Ya ALLAH! aku masih belum mampu lupakan semuanya adakah masih ada sisa kasih untuknya aku masih belum mampu lupakan semua yang pernah diperlakukan dulu sakit luka ini masih berdarah aku sakit lagi nampaknya adakah kerana aku belum redha adakah kerana aku belum memaafkannya bagaimana cara aku harus memaafkannya? bagaimana cara aku tega untuk lupakan semua? aku belum kuat nampaknya untuk tinggalkan semua itu walau 7 musim sudah berlalu kerana aku sunyi? tidak mungkin aku masih punya mereka adakah kerana aku perlu di pimpin dan di pujuk? mungkin juga kerana terkadang hati menanggis namun tidak tahu pada siapa harus ku adukan hati sedih dah lelah tiada siapa yang ada disamping hanya DIA yang sudi dengar dan fahami Ya Tuhan ku KAU tenangkanlah hati ini KAU kuatkanlah jiwa ini KAU tetapkanlah hati ini terus bersamaMU Istiqamah Jangan KAU balikkan diriku pada jalan yang sesat lagi Ampunkan hambaMU yang lemah ini YA RABB! ...

Salam buat semua...

Imej
Assalamualaikum.. pada sesiapa yang sudi membaca coretan aku ini.. salam sajahtera buat kalian..semoga kalian di jauh sana sentiasa dibawah limpahan rahmat ALLAH bersawang sudah tempat ini kerana 'malas' untuk mengejar masa itu.. perasaan yang berbelah bagi membuat aku DIAM sahaja DUDUK dan LIHAT Alhamdulillah dengan izinNYA aku masih tegak bernafas masih diberi peluang yg sangat berharga untuk terus berkemudi di bumi pinjaman ALLAH ini masih berpeluang mengirak langkah yg kecil ini demi mencari keredhaan ALLAH aku takut MATI kerana aku masih belum bersedia bertemu dengan ALLAH kerana tangan aku kosong jiwa masih kelabu hati masih hitam jasad masih perang aku diberi amanah..dan aku sangat berharap amanah yang ada ini dapat membantu aku untuk ke syurga nanti.. aku bersyukur hidup tanpa teman yang 'karib' bahagia rasanya tanpa ada sengketa dalam selimut perpisahan pedih itu buatkan kesulitan aku makin dalam..namun aku tahu itu semua kehendakNYA..D...

Dinding

Imej
Kalanya ada yang tak terucap  Ada yang menahanku dan  terus melepaskan... Jendela hatiku seakan tertutup  Namun tak bermakna ku tidak merasa kesal  Dinding hatiku ini semakin rapuh  Terhakis tercalar oleh emosi sendiri  Yang dulunya tegar mengelilingi hatiku Kini diriku ancaman sendiri Kalanya ada  yang tak terungkap Kerman ada  perasaan yang perlu kufikirkan  Kini mula  berubah menjadi dendam  Lalu  merah darah ku mengalir kotor dan hitam  Dinding hatiku kini semakin rapuh Terhakis tercalar oleh emosi sendiri Yang dulu tegar mengelilingi hatiku Kini diriku ancaman sendiri  Dinding hatiku kini roboh dan hancur Terduduk dan buntu dalam dilema sepi  Yang dulunya teguh sebagai kubu hatiku Kini dihancur tangan sendiri  Aku bukan batu  Namun hijrah ku Bermula disini  From Blogger iPhone client

N2-01-13@Carribean, Gambang

Cuti sekolah bermula Anak-anak riang untuk bercuti Mamanya apatah lagi Turutkan hati ingin saja aku bawa mereka Terbang jauh menikmati dunia kecil ini Yang belum lagi kami habis pusing Tapi apakan daya Kemampuan ku belum sampai ditahap Mimpi-mimpiku Namun aku bersyukur Abah..masih ada..masih mampu biaya kami Tak pernah dia lupa bahagian cucunya... Kami berkumpul semua satu keluarga Walau hanya destinasi yang singkat Tapi kami bahagia..alhamdulillah ALLAH masih izinkan kami nikmati semua ini.. InsyaAllah. .. Jika dimurahkan rezeki lagi, sihat tubuh badan dan dipanjangkan umur... Dapat kami ulangi lagi Kisah indah untuk kami kutip Bagi hati simpanan kami di hari depan.. Syukur yaRab Terima kasih untuk semua..

"Hijrah"

Alhamdulillah.... Usia menginjak dewasa Mengajar aku tentang hidup yang pelbagai pe'el nya... Setiap sudut aku jelajahi Namun makin aku redah..makin luas dan banyak jalan Aku harus pergi... Aku ingin terus berlari mengejar syurga Allah Aku ingin terus mencari syurga Allah Dan disaat ini.. Aku sedang berhijrah ke alam yang lebih dewasa Mencari redha Illahi.. Mencari ketenangan duniawi Sambil menyempurnakan amanah Allah ini... InsyaAllah... Izinkan aku.. Redhai aku... Ku mohon... Sokonglah aku...

"Aku tahu"

Aku tahu.. Kasih itu di situ Sayang itu ada Namun..tak mungkin lebih dari itu Biarkan semua itu disitu Berlalu tanpa suara Hilang dengan rasa Moga tiada yang pernah terluka Dan tidak akan ada yang diluka Ku mohon setiap sujud ku Rasa itu pergi setiap hela nafas ku Kerana aku takut kecewa lagi Biarkan aku jadi pemerhati setia Biarkan aku sanjungmu dalam diam ku Biarkan semua itu hingga lelah hati ini Pasti ia akan lenyap sendiri Terima kasih kerana mengetuk pintu suram ini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke teratak usang cintaku.. Walau sekejap cuma namun aku bersyukur Kau berikan aku bahagia.. Walau seketika cuma.. Terima kasih sayang.. Mi machi tanto..te amor..

"Kau pergi jua"

Tanggal 28 julai 2013 bersamaan 19 ramadhan Terkilan rasa kerana Allah lebih sayangkan dia..tak sempat aku menatap wajahnya buat terakhir kalinya.. Kau pergi jua... Maafkan aku..kerana telat.. Bukan sengaja tapi keadaan ku sulit tika itu.. Aku bernawaitu setelah selesai urusan ku..akan aku susuli kau disana.. Namun Allah tidak mengizinkan kita bertemu... Aku redha... Doa ku dimakbulNYA.. Semoga DIA ampunkan segala dosamu.. Dengan kesakitan yang hadapi.. Semoga terhapus segala dosa dosa mu.. Kau sahabat dan anak yang baik.. Aku pasti kau pergi dengan tenang... Dan kini kau bahagia di sana.. Berita ini memang mengejutkan.. Namun semua yang berlaku adalah hakikat Janji ALLAH..mati itu pasti..bila dan bagaimana tiada siapa yang tahu..hanya DIA.. Aku rindu kau... Aku sayang kau... Hanya doa yang tinggal untuk aku selalu hadiahkan.. Tika rindu tiba... Akan aku ziarah tempat persemadiaanmu.. Satu hari nanti..insyaallah. . Dan kita akan bertemu kembali di akhirat nanti....

"Tentang Rasa"

"...Aku tersesat Menuju hatimu Beri aku jalan yang indah Ijinkan ku lepas penatku ‘tuk sejenak lelap di bahumu Dapatkah selamanya kita bersama Menyatukan perasaan kau dan aku Semoga cinta kita kekal abadi Sesampainya akhir nanti selamanya Tentang cinta yang datang perlahan Membuatku takut kehilangan Ku titipkan cahaya terang Tak padam di dera goda dan masa..." "AKU BUKAN BATU"

rindu bersarang tapi tak pasti

Setiap rindu ku terhembus.. Ku kirimkan al-fatihah buat kamu.. Setiap kali rasa itu datang.. Ku mohon tuhan.. Padamkan saja rasa itu.. Kerna aku tak rela disakiti dan menyakiti.. Cinta tak seharusnya memiliki.. Kerna segalanya cuma pinjaman.. Biarlah kenangan bersama mu ku jadikan tugu kala sepi ku.. Kau dan aku pernah bersatu tapi takkan pernah menyatu.. Inilah ujiaan dan dugaan.. DIA menduga.. Pulangkanlah kembali padaNYA.. Agar rasa ini akan hilang dengan berlalunya masa.. Aku tetap akan selalu doakan bahagiamu.. Walau tidak bersama kamu.. Aku percaya DIA memberi ku ruang lagi.. Untuk merasakan cinta tanpa matikan jiwa ini.. Bagi esok..nanti... Ini semua kerja DIA.. Aku terima...

"malam kliwon"

Bismillahirahmanirahim... Sejuk dingin setiap kliwon malam.. Peniaga pasar malam menanggis sugul meratap Apakah ada rezki aku malam ini?? Simpati aku... Tapi bukankah hujan itu rahmat Allah.. Pasti ada sesuatu yg lebih menarik dari rezki yg mereka tunggu.. Sejukkan pondokmu dengan kalimah Allah.. InsyaAllah terlindung keluargamu dari anasir kotor Yg cuba merosakkan hati kita.. Berjemaah sekalian...walau tak pernah sempat setiap masa Cuba kita curi waktu ini... Moga mendapat lebih syafaat.. Diberkati.. Diberi hidayah.. Dilindungi... Oleh NYA... ...amin ya rabbal alamin... "AKU BUKAN BATU"

"32"

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah... Tidak terjangkau nikmatnya bila masih berkesempatan merasakan hembusan nyawa ini.. Tiada ucapan yang dapat diungkapkan untuk menyatakan syukur dan terima kasih Pada DIA yang Maha pencipta..yang Maha penyayang.. Hari ini.. Mereka genap 33 tahun bersama... Melalui segala pahit maung hidup.. Jatuh bangunnya perjalanan diri.. Bersama..tabah dan sabar mengharunginya.. Dimataku.. Mereka hebat.. Mereka taat dan setia pada satu sama lain.. Segala ujian hidup dapat mereka tempuhi.. Tahap permulaan detik bersama berjanji cinta dan setia.. Kemudian.. Ada kami.. Membesarkan kami..melayan kerenah kami.. Mengasuh dan mendidik kami.. Hingga ke saat ini.. Ya Rabb..hebat sungguh nikmatMU... Hanya doa yang dapat selalu kami iringkan Sepanjang hayat mu..dihayat kami. Akan kami sentiasa doakan kalian berdua.. Selalu dilindungi ALLAH.. Dan keluarga kita akan sentiasa dilimpahi hidayah... ...amin...

"8 feb 2013"

Bismillah... Alhamdulillah... Sahabatku selamat melahirkan seorang puteri.. Tak dapat aku gambarkan betapa teruja hati ini bila dapat tau tentang berita ini.hanya DIA yg tau... Hanya mampu ku kirimkan doa dari kejauhan.. Maaf aku tiada disisi tika kau dalam keadaan cemas.. Kerana ada pemangkin yg lebih hebat dr aku disana Yg akan temani dirimu... Aku percaya kau kuat.. Tabah dan sabar Dan kerna itu... Allah hadiahkan.. Anugerah terindah yg takkan ada Tolok gantinya..sampai bila-bila... Istirehatlah kau.. Nikmatilah waktu mu itu... Hayatilah saat ini.. Jgn pernah lupa... Sujud syukur padaNYA... DIA yg tak pernah jemu mendengar Doa kita.. Syukran ya RABB...