Catatan

"message"

31012013 habis sudah bulan pertama..menginjak pantas tanpa diduga.. apa yang aku lakukan sepanjang permulaan tahun baru ini?? apa yang telah aku perolehi dari masa itu?? kelmarin aku terdengar lagi kisah sang isteri ditinggalkan pergi kerana sang suami masih jahil... gilakan kebebasan.. keindahan sementara di luar sana.. tinggalkan anak-anak..dan isteri yang setia masih setia walau telah dilukai.. walau telah untuk ke entah berapa kalinya dia memaafkan suaminya. wanita.. memang lemah..tapi kuat.. sama tapi tidak serupa.. wanita yang telah bergelar isteri.. selalu akan setia terus menanti dan takkan pernah berhenti berdoa agar suaminya pulang kepangkuan dan berubah menyedari khilaf dan dosa.. namun... kesabaran semakin menebal teruji hari demi hari hanya cerita selingkuhnya saja yang dapat di lihat.. hari demi hari.. bulan berganti bulan.. tahun beralih tahun.. isterinya tetap berdoa..agar suaminya bertanggujawab dan pulang baiki tangga yang telah rebah.....

"sunyi yang senang"

25012013 25 hari sudah berlalu ditahun baru 2013 semuanya berlari dengan pantas..takkan pernah tunggu aku pergi tinggalkan aku yang masih tersimpuh sibuk mencari haluan hari esok mana tuju, mana hala.. aku lihat jauh ke dalam matanya..mata mereka.. masing-masing masih kelam.. buntu...bingung terkadang..menyoal..dipersoalkan.. apakah ada masih..? adakah hilang sudah?... jauh di sudut hati ini.. ingin aku selam dan selamatkan mereka dan dia.. duduk tinggi bersama tenang dan bahagia.. jalani dan harungi kasih dan cinta yang telah dianugerahkan.. bimbinglah aku.. pimpinlah aku.. agar dapat aku bantu capai cita-citamu.. perasaan ini tak mungkin ada dendam kerana aku ingin jadi hambanya yang sempurna.. aku mencuba dan terus mencuba.. mungkin bukan yang terbaik dimata mu..atau mereka tapi cukuplah jika ia telah memenuhi kehendak aturan dari DIA.. pinta di aminkan saja pinta direstukan saja pinta dan terus aku meminta.. berkati setiap nafasku.. lindungi aku d...

"LEKA"

Imej
lama sudah ku tinggalkan lembaran ruang ini kekangan waktu menghalang aku untuk kemari maaf jika ada yang menanti ku di sini.. namun aku hanya manusia biasa... yang terkadang kalah dengan tuntutan waktu dan keadaan.. alhamdulillah, aku masih di beri kesempatan menemui kalian disini sahabat peneman yang sama berjuang demi hidup yang penuh dengan ujian ini namun jangan sekali kita mengeluh dan persoalkan tentang setiap ujian ini pastinya DIA cintai kita.. jangan menanggis pada yang sia-sia.. relakan segalanya pada yang lebih berhak.. ku panjatkan syukur.. atas segala nikmat ini.. kau, aku..mereka... dia..kalian... yang mencintai..dan dicintai.. hargailah setiap detik yang ada.. jangan pernah lalai untuk berpaling menghargai apa yang ada di depan mata.. lihat dengan hati.. tuluslah jiwa.. kaliskanlah mata.. jangan pernah berhenti.. meminta pada NYA... "AKU BUKAN BATU"

"syukur 2"

aku bahagia bersama teman-temanku kini aku bahagia dengan hidupku kini aku bahagia dengan cerita cinta ku kini aku bahagia dengan segala ada di depanku kini aku percaya.. untuk mencari dan dapatkan yang terbaik aku harus jadi yang terbaik.. INSYAALLAH... -alhamdulillah- syukan YA RABB... dengan nikmat ini rezeki ini amanah ini nafas ini susuk ini waktu ini senyuman ini airmata ini dan segalanya ini..amin.. "AKU BUKAN BATU"

"mampukah"

aku selalu fikirkan.. adakah aku mampu untuk menjadi yang terbaik untuk mereka dapatkah aku jadikan mereka yang terbaik dari aku mampukah aku sempurnakan mimpi-mimpi mereka dan mampukah aku sempurnakan tanggungjawab yang besar ini.. aku masih belum jadi yang terbaik kerana diri ku belum jadi yang terbaik sempurnakah mereka kala hidup bersama ku aku khuwatir.. mereka akan jadi seperti aku TIDAK!! aku tak mahu mereka jadi seperti aku aku tak mahu mereka ulangi kesilapan kami sudah..cukup sudah!! aku tak mahu.. hanya DIA yang lebih mengerti..! "AKU BUKAN BATU"

"kebetulankah itu??"

salam perkenalan secara kebetulan?? ALLAH makbulkan isi hati aku.. ALLAH gerakkan hati dia untuk mendekati aku.. bicara pendek mulakan satu hubungan..mungkinkah ada sesuatu untuk aku di hadapan sana?? penantian yang sepatutnya aku sendiri yang tentukan.. samaada JADI atau TIDAK.. mungkin perkenalan itu satu tanda..dan petunjuk dariNYA bahawa aku harus menyisir keluar dari jalanan aku kini pergi mulakan langkah baru ke jalan yang lebih barakah?! aku akui aku masih lemah dan tidak berani untuk bertindak lagi kerana masih fikirkan mereka disekelilingku.. SUBHANAALLAH.. aku tidak akan pernah berhenti meminta aku tidak akan mahu berhenti selagi aku masih KAU nyawakan lagi.. semoga KAU ampuni aku.. bila aku terleka dan lalai.. aku mohon..jangan pernah tinggalkan aku.. kerana hidup ku tidak akan pernah bahagia tanpa redhaMU... -aku takut YA RABB!!" "AKU BUKAN BATU"

"tekad"

semalam selesai yassin ku aminkan aku tekad..aku hubungi dia dia yang aku temu tanpa aku duga dia yang aku soal tanpa rasa gentar Alhamdulillah.. Maha Esa telah tentukan aku untuk bertemu dia mungkin ini petunjuk Allah bagi permudahkan niat aku yang rahsia Terima kasih atas nasihat yang singkat perbualan yang amat bermakna buat ku dan aku teruja bertemu dengan mereka dikalangan kumpulan seorang pencoret kisah dunia... aku menyimpan hasrat untuk jadi seperti mereka hasil kerjanya dan idea mereka di baca umum alangkah berbangganya jika aku dapat menghasilkan sesuatu seperti mereka keberanian ini masih belum ada atau mungkin aku saja yang beralasan ?! Ya Rabb aku bahagia dengan kehidupan yang KAU sisakan untukku hingga saat ini aku bersyukur KAU masih tetapkan hati ku untuk terus sujud padMU seorang hamba yang lemah dan mudah goyah dengan godaan dunia Nauzubillah.. jauhkanlah aku YA ALLAH dari mereka yang merosakkan jiwa ampuni aku YA RABB kerana sujudku masi...