Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

"LEKA"

Imej
lama sudah ku tinggalkan lembaran ruang ini kekangan waktu menghalang aku untuk kemari maaf jika ada yang menanti ku di sini.. namun aku hanya manusia biasa... yang terkadang kalah dengan tuntutan waktu dan keadaan.. alhamdulillah, aku masih di beri kesempatan menemui kalian disini sahabat peneman yang sama berjuang demi hidup yang penuh dengan ujian ini namun jangan sekali kita mengeluh dan persoalkan tentang setiap ujian ini pastinya DIA cintai kita.. jangan menanggis pada yang sia-sia.. relakan segalanya pada yang lebih berhak.. ku panjatkan syukur.. atas segala nikmat ini.. kau, aku..mereka... dia..kalian... yang mencintai..dan dicintai.. hargailah setiap detik yang ada.. jangan pernah lalai untuk berpaling menghargai apa yang ada di depan mata.. lihat dengan hati.. tuluslah jiwa.. kaliskanlah mata.. jangan pernah berhenti.. meminta pada NYA... "AKU BUKAN BATU"

"syukur 2"

aku bahagia bersama teman-temanku kini aku bahagia dengan hidupku kini aku bahagia dengan cerita cinta ku kini aku bahagia dengan segala ada di depanku kini aku percaya.. untuk mencari dan dapatkan yang terbaik aku harus jadi yang terbaik.. INSYAALLAH... -alhamdulillah- syukan YA RABB... dengan nikmat ini rezeki ini amanah ini nafas ini susuk ini waktu ini senyuman ini airmata ini dan segalanya ini..amin.. "AKU BUKAN BATU"

"mampukah"

aku selalu fikirkan.. adakah aku mampu untuk menjadi yang terbaik untuk mereka dapatkah aku jadikan mereka yang terbaik dari aku mampukah aku sempurnakan mimpi-mimpi mereka dan mampukah aku sempurnakan tanggungjawab yang besar ini.. aku masih belum jadi yang terbaik kerana diri ku belum jadi yang terbaik sempurnakah mereka kala hidup bersama ku aku khuwatir.. mereka akan jadi seperti aku TIDAK!! aku tak mahu mereka jadi seperti aku aku tak mahu mereka ulangi kesilapan kami sudah..cukup sudah!! aku tak mahu.. hanya DIA yang lebih mengerti..! "AKU BUKAN BATU"

"kebetulankah itu??"

salam perkenalan secara kebetulan?? ALLAH makbulkan isi hati aku.. ALLAH gerakkan hati dia untuk mendekati aku.. bicara pendek mulakan satu hubungan..mungkinkah ada sesuatu untuk aku di hadapan sana?? penantian yang sepatutnya aku sendiri yang tentukan.. samaada JADI atau TIDAK.. mungkin perkenalan itu satu tanda..dan petunjuk dariNYA bahawa aku harus menyisir keluar dari jalanan aku kini pergi mulakan langkah baru ke jalan yang lebih barakah?! aku akui aku masih lemah dan tidak berani untuk bertindak lagi kerana masih fikirkan mereka disekelilingku.. SUBHANAALLAH.. aku tidak akan pernah berhenti meminta aku tidak akan mahu berhenti selagi aku masih KAU nyawakan lagi.. semoga KAU ampuni aku.. bila aku terleka dan lalai.. aku mohon..jangan pernah tinggalkan aku.. kerana hidup ku tidak akan pernah bahagia tanpa redhaMU... -aku takut YA RABB!!" "AKU BUKAN BATU"

"tekad"

semalam selesai yassin ku aminkan aku tekad..aku hubungi dia dia yang aku temu tanpa aku duga dia yang aku soal tanpa rasa gentar Alhamdulillah.. Maha Esa telah tentukan aku untuk bertemu dia mungkin ini petunjuk Allah bagi permudahkan niat aku yang rahsia Terima kasih atas nasihat yang singkat perbualan yang amat bermakna buat ku dan aku teruja bertemu dengan mereka dikalangan kumpulan seorang pencoret kisah dunia... aku menyimpan hasrat untuk jadi seperti mereka hasil kerjanya dan idea mereka di baca umum alangkah berbangganya jika aku dapat menghasilkan sesuatu seperti mereka keberanian ini masih belum ada atau mungkin aku saja yang beralasan ?! Ya Rabb aku bahagia dengan kehidupan yang KAU sisakan untukku hingga saat ini aku bersyukur KAU masih tetapkan hati ku untuk terus sujud padMU seorang hamba yang lemah dan mudah goyah dengan godaan dunia Nauzubillah.. jauhkanlah aku YA ALLAH dari mereka yang merosakkan jiwa ampuni aku YA RABB kerana sujudku masi

"RAPUH"

Detik waktu terus berjalan Berhias gelap dan terang Suka dan duka Tangis dan tawa Tergores bagai lukisan Seribu mimpi berjuta sepi Hadir bagai teman sejati Di antara lelahnya jiwa Dalam resah dan air mata Ku persembahkan kepadaMu Yang terindah dalam hidupku Meski ku rapuh dalam langkah Kadang tak setia kepadaMu Namun cinta dalam jiwa Hanyalah padaMu Maafkanlah bila hati Tak sempurna mencintaiMu Dalam dada ku harap hanya Dirimu yang bertakhta Detik waktu terus berlalu Semua berakhir padaMu "AKU BUKAN BATU"

"buntu"

malas yang lebih banyak dalam graf membuatkan laman ini sepi dan sunyi aku sedang berusaha untuk mengurangkan graf itu bertukar menjadi rajin.. bukan malas sengaja kekadang ada masa tiada idea pula ada idea tiada masa pula dan kekadang punya kedua-duanya keadaan pula tidak mengizinkan.. aku mencuba seperti mereka.. aku mencuba untuk melangkah ke jalan yang lain jalan yang terpendam  jalan yang belum sempat keluar untuk di terjemahkan.. aktif untuk ke sini.. harus aku lalui banyak perkara mungkin silap aku juga.. lalai menguruskan masa.. maaf...

"walau sesaat"

sebenarnya.. aku tak mahu berpisah dengan kamu  walau sesaatpun kalau bisa.. ingin aku kendong dan bawa bersama  ke setiap sudut dunia aku pergi tapi, keadaan masa dan diri menghalang aku  aku tak mampu tapi aku akan tunggu momen itu pasti akan datang jika umur ku ada kita akan selalu bersama tiada siapa akan dapat pisahkan kita kecuali ALLAH aku akan SABAR... kerana aku cinta KAMU..

"syukran ya zillan"

alhamdulillah.. aku masih diberi peluang untuk terus bernafas lagi di hari ini.. saat ini..aku menghitung segala perkara yang berlalu, segalanya belum reda.. aku masih belum mampu memaafkannya.. rasanya semua yang berlaku masih baru  walau hakikatnya sudah hampir dua belas purnama.. aku mencuba baiki hati ini untuk memaafkan kalian.. tapi belum boleh lagi.. bukan sombong atau bongkak tapi luka ini masih berdarah dan aku tak mahu kalian lihat semua itu..biarkan aku ubatinya sendiri bila sembuhnya..hanya ALLAH yang tahu.. namun..aku berterima kasih atas pengalaman ini aku mampu lihat kesanggupan diri dalam ujian ALLAH ini aku bersyukur teramat tinggi.. aku mampu bahagia tanpa kalian disisi malah aku lebih bahagia bersama dia dan dia sahaja disini..meneruskan sisa-sisa hidup baiki iman dan ibadah mencari redha dan hidayah  InsyaALLAH.. segalanya akan selesai.. cuma belum tiba saat dan masanya.. namun aku akan terus berusaha memaafkan kalian.. ....syukran ya zillan...

"PENJARA JANJI"

Hatiku digirisnya lagi  Kali ini lebih dalam dan pedih  Kerna aku sudah berjanji  Dia cinta ku yang terakhir  Sungguh tak pernah ku menduga  Dia akan mengulanginya semula  Namun untuk menodai cinta  Dan membiarkan aku sengsara  Dia tempat ku sandar  Angan ku pendamkan  Satu percintaan  Yang bisa ku jadikan  Tangga-tangga ku ke pintu syurga  Meleraikan rindu  Mengecap bahagia  Yang kerap dimadah  Insan yang murni  Yang dah rasakan cinta  Yang aku... mimpi "AKU BUKAN BATU"

'tambah satu lagi tahun'

"AKU BUKAN BATU" alhamadulillah.. tak terhingga syukurku..hingga saat ini aku masih diberi nafas hidup masih ada masa dan peluang untuk baiki mana yang bocor di kapal karam ku melihat anak-anak ku menanggis ketawa lagi merasa sakitnya hati bila dilukai merembes segala sesal yang terbuku lagi luka itu makin sembuh kerana DIA sabarkan aku tiada kata yang layak diganti..bukan takat terima kasih.. tinggi RASA itu..tak terjangkau HATI ini lelehan airmata aku untuk kali ini lebih tega dan kebal aku akan tukar..yang karam akan ku bangunkan jua ku selalu harap DIA tidak lupakan aku walau kadang aku lalai dan kaku.. JANGAN TINGGALKAN AKU ......amin......

"terharu"

balik je dari lunch tadi aku dikejutkan dengan satu komen dia memberi respon pada status profile aku hari ni, kerana dia dekat dengan ku dia tersentuh dengan kata-kata status itu.. pada mulanya aku tak rasa apa-apa bila nak taruk status tu tapi bila ada yg menyokong dan respon.. aku rasa terharu lelebih lagi DIA yang bersuara terima kasih diatas keperihatinan MU itu.. alhamdulillah..masih ada yang memahami..

"am i in LOVE with YOU??"

aku terharu di atas keperihatinan mu aku teruja bila dengar suara mu aku malu bila bersua muka dengan mu aku kaku bila ingin bersuara ketika bersama mu aku gembira bila kamu fahami aku aku rasa sunyi bila kamu membisu tanpa membalas 'text' ku aku tertanya-tanya adakah aku ada tersilap kata atau tersalah perbuatan bila bersama kamu aku buntu bila cuba ingin berkomunikasi dengan mu aku mahu selalu kamu ada di sisi ku aku mahu kamu selalu hubungi aku tapi kita bukan sesiapa mungkinkah aku saja yang bertepuk sebelah tangan AM I IN LOVE WITH YOU???

"SYUKUR"

Alhamdulillah... KAU masih izinkan aku terus bernafas.. KAU masih izinkan aku melihat anak-anak ku ketawa.. KAU masih izinkan aku melihat semalam.. syukur tak terhingga.. KAU masih izinkan aku..baiki diri dalam ibadah ku sebelum aku bertemu MU..