Catatan

"RAPUH"

Detik waktu terus berjalan Berhias gelap dan terang Suka dan duka Tangis dan tawa Tergores bagai lukisan Seribu mimpi berjuta sepi Hadir bagai teman sejati Di antara lelahnya jiwa Dalam resah dan air mata Ku persembahkan kepadaMu Yang terindah dalam hidupku Meski ku rapuh dalam langkah Kadang tak setia kepadaMu Namun cinta dalam jiwa Hanyalah padaMu Maafkanlah bila hati Tak sempurna mencintaiMu Dalam dada ku harap hanya Dirimu yang bertakhta Detik waktu terus berlalu Semua berakhir padaMu "AKU BUKAN BATU"

"buntu"

malas yang lebih banyak dalam graf membuatkan laman ini sepi dan sunyi aku sedang berusaha untuk mengurangkan graf itu bertukar menjadi rajin.. bukan malas sengaja kekadang ada masa tiada idea pula ada idea tiada masa pula dan kekadang punya kedua-duanya keadaan pula tidak mengizinkan.. aku mencuba seperti mereka.. aku mencuba untuk melangkah ke jalan yang lain jalan yang terpendam  jalan yang belum sempat keluar untuk di terjemahkan.. aktif untuk ke sini.. harus aku lalui banyak perkara mungkin silap aku juga.. lalai menguruskan masa.. maaf...

"walau sesaat"

sebenarnya.. aku tak mahu berpisah dengan kamu  walau sesaatpun kalau bisa.. ingin aku kendong dan bawa bersama  ke setiap sudut dunia aku pergi tapi, keadaan masa dan diri menghalang aku  aku tak mampu tapi aku akan tunggu momen itu pasti akan datang jika umur ku ada kita akan selalu bersama tiada siapa akan dapat pisahkan kita kecuali ALLAH aku akan SABAR... kerana aku cinta KAMU..

"syukran ya zillan"

alhamdulillah.. aku masih diberi peluang untuk terus bernafas lagi di hari ini.. saat ini..aku menghitung segala perkara yang berlalu, segalanya belum reda.. aku masih belum mampu memaafkannya.. rasanya semua yang berlaku masih baru  walau hakikatnya sudah hampir dua belas purnama.. aku mencuba baiki hati ini untuk memaafkan kalian.. tapi belum boleh lagi.. bukan sombong atau bongkak tapi luka ini masih berdarah dan aku tak mahu kalian lihat semua itu..biarkan aku ubatinya sendiri bila sembuhnya..hanya ALLAH yang tahu.. namun..aku berterima kasih atas pengalaman ini aku mampu lihat kesanggupan diri dalam ujian ALLAH ini aku bersyukur teramat tinggi.. aku mampu bahagia tanpa kalian disisi malah aku lebih bahagia bersama dia dan dia sahaja disini..meneruskan sisa-sisa hidup baiki iman dan ibadah mencari redha dan hidayah  InsyaALLAH.. segalanya akan selesai.. cuma belum tiba saat dan masanya.. namun aku akan terus berusaha memaafkan kalian.. ....syukran ya zillan...

"PENJARA JANJI"

Hatiku digirisnya lagi  Kali ini lebih dalam dan pedih  Kerna aku sudah berjanji  Dia cinta ku yang terakhir  Sungguh tak pernah ku menduga  Dia akan mengulanginya semula  Namun untuk menodai cinta  Dan membiarkan aku sengsara  Dia tempat ku sandar  Angan ku pendamkan  Satu percintaan  Yang bisa ku jadikan  Tangga-tangga ku ke pintu syurga  Meleraikan rindu  Mengecap bahagia  Yang kerap dimadah  Insan yang murni  Yang dah rasakan cinta  Yang aku... mimpi "AKU BUKAN BATU"

'tambah satu lagi tahun'

"AKU BUKAN BATU" alhamadulillah.. tak terhingga syukurku..hingga saat ini aku masih diberi nafas hidup masih ada masa dan peluang untuk baiki mana yang bocor di kapal karam ku melihat anak-anak ku menanggis ketawa lagi merasa sakitnya hati bila dilukai merembes segala sesal yang terbuku lagi luka itu makin sembuh kerana DIA sabarkan aku tiada kata yang layak diganti..bukan takat terima kasih.. tinggi RASA itu..tak terjangkau HATI ini lelehan airmata aku untuk kali ini lebih tega dan kebal aku akan tukar..yang karam akan ku bangunkan jua ku selalu harap DIA tidak lupakan aku walau kadang aku lalai dan kaku.. JANGAN TINGGALKAN AKU ......amin......

"terharu"

balik je dari lunch tadi aku dikejutkan dengan satu komen dia memberi respon pada status profile aku hari ni, kerana dia dekat dengan ku dia tersentuh dengan kata-kata status itu.. pada mulanya aku tak rasa apa-apa bila nak taruk status tu tapi bila ada yg menyokong dan respon.. aku rasa terharu lelebih lagi DIA yang bersuara terima kasih diatas keperihatinan MU itu.. alhamdulillah..masih ada yang memahami..