Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

"Aku tahu"

Aku tahu.. Kasih itu di situ Sayang itu ada Namun..tak mungkin lebih dari itu Biarkan semua itu disitu Berlalu tanpa suara Hilang dengan rasa Moga tiada yang pernah terluka Dan tidak akan ada yang diluka Ku mohon setiap sujud ku Rasa itu pergi setiap hela nafas ku Kerana aku takut kecewa lagi Biarkan aku jadi pemerhati setia Biarkan aku sanjungmu dalam diam ku Biarkan semua itu hingga lelah hati ini Pasti ia akan lenyap sendiri Terima kasih kerana mengetuk pintu suram ini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke teratak usang cintaku.. Walau sekejap cuma namun aku bersyukur Kau berikan aku bahagia.. Walau seketika cuma.. Terima kasih sayang.. Mi machi tanto..te amor..

"Kau pergi jua"

Tanggal 28 julai 2013 bersamaan 19 ramadhan Terkilan rasa kerana Allah lebih sayangkan dia..tak sempat aku menatap wajahnya buat terakhir kalinya.. Kau pergi jua... Maafkan aku..kerana telat.. Bukan sengaja tapi keadaan ku sulit tika itu.. Aku bernawaitu setelah selesai urusan ku..akan aku susuli kau disana.. Namun Allah tidak mengizinkan kita bertemu... Aku redha... Doa ku dimakbulNYA.. Semoga DIA ampunkan segala dosamu.. Dengan kesakitan yang hadapi.. Semoga terhapus segala dosa dosa mu.. Kau sahabat dan anak yang baik.. Aku pasti kau pergi dengan tenang... Dan kini kau bahagia di sana.. Berita ini memang mengejutkan.. Namun semua yang berlaku adalah hakikat Janji ALLAH..mati itu pasti..bila dan bagaimana tiada siapa yang tahu..hanya DIA.. Aku rindu kau... Aku sayang kau... Hanya doa yang tinggal untuk aku selalu hadiahkan.. Tika rindu tiba... Akan aku ziarah tempat persemadiaanmu.. Satu hari nanti..insyaallah. . Dan kita akan bertemu kembali di akhirat nanti.

"Tentang Rasa"

"...Aku tersesat Menuju hatimu Beri aku jalan yang indah Ijinkan ku lepas penatku ‘tuk sejenak lelap di bahumu Dapatkah selamanya kita bersama Menyatukan perasaan kau dan aku Semoga cinta kita kekal abadi Sesampainya akhir nanti selamanya Tentang cinta yang datang perlahan Membuatku takut kehilangan Ku titipkan cahaya terang Tak padam di dera goda dan masa..." "AKU BUKAN BATU"

rindu bersarang tapi tak pasti

Setiap rindu ku terhembus.. Ku kirimkan al-fatihah buat kamu.. Setiap kali rasa itu datang.. Ku mohon tuhan.. Padamkan saja rasa itu.. Kerna aku tak rela disakiti dan menyakiti.. Cinta tak seharusnya memiliki.. Kerna segalanya cuma pinjaman.. Biarlah kenangan bersama mu ku jadikan tugu kala sepi ku.. Kau dan aku pernah bersatu tapi takkan pernah menyatu.. Inilah ujiaan dan dugaan.. DIA menduga.. Pulangkanlah kembali padaNYA.. Agar rasa ini akan hilang dengan berlalunya masa.. Aku tetap akan selalu doakan bahagiamu.. Walau tidak bersama kamu.. Aku percaya DIA memberi ku ruang lagi.. Untuk merasakan cinta tanpa matikan jiwa ini.. Bagi esok..nanti... Ini semua kerja DIA.. Aku terima...

"malam kliwon"

Bismillahirahmanirahim... Sejuk dingin setiap kliwon malam.. Peniaga pasar malam menanggis sugul meratap Apakah ada rezki aku malam ini?? Simpati aku... Tapi bukankah hujan itu rahmat Allah.. Pasti ada sesuatu yg lebih menarik dari rezki yg mereka tunggu.. Sejukkan pondokmu dengan kalimah Allah.. InsyaAllah terlindung keluargamu dari anasir kotor Yg cuba merosakkan hati kita.. Berjemaah sekalian...walau tak pernah sempat setiap masa Cuba kita curi waktu ini... Moga mendapat lebih syafaat.. Diberkati.. Diberi hidayah.. Dilindungi... Oleh NYA... ...amin ya rabbal alamin... "AKU BUKAN BATU"

"32"

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah... Tidak terjangkau nikmatnya bila masih berkesempatan merasakan hembusan nyawa ini.. Tiada ucapan yang dapat diungkapkan untuk menyatakan syukur dan terima kasih Pada DIA yang Maha pencipta..yang Maha penyayang.. Hari ini.. Mereka genap 33 tahun bersama... Melalui segala pahit maung hidup.. Jatuh bangunnya perjalanan diri.. Bersama..tabah dan sabar mengharunginya.. Dimataku.. Mereka hebat.. Mereka taat dan setia pada satu sama lain.. Segala ujian hidup dapat mereka tempuhi.. Tahap permulaan detik bersama berjanji cinta dan setia.. Kemudian.. Ada kami.. Membesarkan kami..melayan kerenah kami.. Mengasuh dan mendidik kami.. Hingga ke saat ini.. Ya Rabb..hebat sungguh nikmatMU... Hanya doa yang dapat selalu kami iringkan Sepanjang hayat mu..dihayat kami. Akan kami sentiasa doakan kalian berdua.. Selalu dilindungi ALLAH.. Dan keluarga kita akan sentiasa dilimpahi hidayah... ...amin...

"8 feb 2013"

Bismillah... Alhamdulillah... Sahabatku selamat melahirkan seorang puteri.. Tak dapat aku gambarkan betapa teruja hati ini bila dapat tau tentang berita ini.hanya DIA yg tau... Hanya mampu ku kirimkan doa dari kejauhan.. Maaf aku tiada disisi tika kau dalam keadaan cemas.. Kerana ada pemangkin yg lebih hebat dr aku disana Yg akan temani dirimu... Aku percaya kau kuat.. Tabah dan sabar Dan kerna itu... Allah hadiahkan.. Anugerah terindah yg takkan ada Tolok gantinya..sampai bila-bila... Istirehatlah kau.. Nikmatilah waktu mu itu... Hayatilah saat ini.. Jgn pernah lupa... Sujud syukur padaNYA... DIA yg tak pernah jemu mendengar Doa kita.. Syukran ya RABB...

"message"

31012013 habis sudah bulan pertama..menginjak pantas tanpa diduga.. apa yang aku lakukan sepanjang permulaan tahun baru ini?? apa yang telah aku perolehi dari masa itu?? kelmarin aku terdengar lagi kisah sang isteri ditinggalkan pergi kerana sang suami masih jahil... gilakan kebebasan.. keindahan sementara di luar sana.. tinggalkan anak-anak..dan isteri yang setia masih setia walau telah dilukai.. walau telah untuk ke entah berapa kalinya dia memaafkan suaminya. wanita.. memang lemah..tapi kuat.. sama tapi tidak serupa.. wanita yang telah bergelar isteri.. selalu akan setia terus menanti dan takkan pernah berhenti berdoa agar suaminya pulang kepangkuan dan berubah menyedari khilaf dan dosa.. namun... kesabaran semakin menebal teruji hari demi hari hanya cerita selingkuhnya saja yang dapat di lihat.. hari demi hari.. bulan berganti bulan.. tahun beralih tahun.. isterinya tetap berdoa..agar suaminya bertanggujawab dan pulang baiki tangga yang telah rebah..

"sunyi yang senang"

25012013 25 hari sudah berlalu ditahun baru 2013 semuanya berlari dengan pantas..takkan pernah tunggu aku pergi tinggalkan aku yang masih tersimpuh sibuk mencari haluan hari esok mana tuju, mana hala.. aku lihat jauh ke dalam matanya..mata mereka.. masing-masing masih kelam.. buntu...bingung terkadang..menyoal..dipersoalkan.. apakah ada masih..? adakah hilang sudah?... jauh di sudut hati ini.. ingin aku selam dan selamatkan mereka dan dia.. duduk tinggi bersama tenang dan bahagia.. jalani dan harungi kasih dan cinta yang telah dianugerahkan.. bimbinglah aku.. pimpinlah aku.. agar dapat aku bantu capai cita-citamu.. perasaan ini tak mungkin ada dendam kerana aku ingin jadi hambanya yang sempurna.. aku mencuba dan terus mencuba.. mungkin bukan yang terbaik dimata mu..atau mereka tapi cukuplah jika ia telah memenuhi kehendak aturan dari DIA.. pinta di aminkan saja pinta direstukan saja pinta dan terus aku meminta.. berkati setiap nafasku.. lindungi aku d