KETAHUILAH..DAN SEDARLAH..

WAJARKAH MEMBEZAKAN JANTINA ANAK ITU DIZAMAN SEKARANG


Pertama, kebiasaan seorang bapa tidak percaya pada kemampuan anak perempuan untuk membela nasib keluarga. Masih ada lagi pada zaman moden ini kaum bapa yang melihat kepada jantina untuk menentukan nasib dan masa depan keluarga, sedangkan beberapa kali kita dengar pelajar-pelajar yang cemerlang yang memperolehi 17A dan 20A semuanya terdiri dari kalangan perempuan. Bukankah cemerlang dalam pelajaran menandakan jaminan kerja yang bagus? Seterusnya jaminan hidup yang lebih senang?

Kedua, kebiasaan seorang bapa mengambil mudah tentang anak lelaki dan terlalu mempercayai mereka. Kebanyakan kaum bapa dan juga ibu mengambil mudah soal anak lelaki. Kalau anak lelaki balik lewat malam, ungkapan yang biasa kita dengar ‘tak apalah anak lelaki, tahulah dia menjaga dirinya …’ kalau anak lelaki bangun lewat, kalau anak lelaki malas “Biasalah anak lelaki…” itulah ungkapan yang biasa kita dengar. Memang tidak dinafikan anak perempuan lebih banyak terdedah kepada fitnah dan gejala sosial dan lebih perlu diberi perhatian sewajarnya, tapi tidak terlepas juga anak lelaki.

Namun, persoalan yang ingin saya tekankan di sini ialah, betulkah anak lelaki pandai menjaga diri? Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan. Jadi, agaknya ke manakah anak-anak lelaki kita setiap pagi setelah kita menghantarnya ke sekolah? Adakah kita pasti mereka benar-benar ada di sekolah sepanjang waktu persekolahan setiap hari?

Anak-anak lelaki yang kita kata ‘mereka tahu menjaga diri’ inilah yang banyak terlibat dengan masalah merempit, menagih dadah, gejala vandalisme, berpeleseran, buli dan sebagainya. Oleh yang demikian kepada kaum bapa janganlah mengambil mudah soal anak lelaki. Sepatutnya seorang bapalah yang akan lebih memahami sikap dan kemahuan anak lelaki. Bahkan, sepatutnya seorang bapalah yang boleh menjadi teman yang paling akrab untuk anak lelakinya berkongsi masalah dan meminta pandangan.



Saranan Rasulullah s.a.w juga agar kita mempamerkan kasih sayang terhadap keluarga sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda apabila baginda Rasulullah s.a.w dilihat mencium cucunya Hasan dan Husin. Oleh itu saya menyeru kepada kaum bapa agar menunjukkan keperihatinan dan kasih sayang kepada anak-anak. Sebolehnya, serlahkanlah naluri kebapaan anda melalui perhatian dan keperihatinan dari pelbagai sudut.

Mungkin kasih seorang bapa sangat mahal dan sukar untuk dilafazkan apatah lagi untuk dizahirkan. Namun, atas nama tanggungjawab sebagai bapa dan atas nama anak sebagai amanah dari Allah, saya ingin menyeru kaum bapa sekalian…sentuhlah anak-anak kita ini dengan segala sentuhan kasih yang tulus demi mengharap redha Allah semata-mata sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." (At-Tahrim : 6)

Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung…







sumber: blogger



"AKU BUKAN BATU"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"APAKAH??"

"Suratan atau Kebetulan"

"Lelaki Sejati"