Catatan

bersama harapan yang baru

hari ini sudah kira lama aku mengetahui rahsia kau kau perjudikan lagi nasib wanita dan zuriat kau demi ego dan kesombongan dirimu! tidak puaskah selama ini kau hampakan harapan anak-anak kau??!! tidak nampakkah apa yang kau dapat dari perbuatan kau dulu?? atau kau sememangnya tak kisah untuk hilang zuriat pertama ALLAH bagi pada kau?! kenapa hitamnya hati itu kenapa angkuh lagi sombong kau pada tuhan pada ayah ibu mu Ya ALLAH, jauh sudah hatimu dari jalan NYA kasihan ayah ibu mu mereka menanggung beban dosa-dosa mu ini kah balasan nya pada mereka yang memanjakan kau dengan 'kemewahan'? mereka dah tua kau patut jaga mereka sekarang bukan beban kan mereka untuk tampung tanggungjawap kau! semoga ALLAH izinkan hati mu untuk pulang pulang sebelum DIA jemput kau akhir waktu itu, tak mugkin sempat kau nak tutup semua khilaf kau itu mungkin tak sempat nak mohon maaf "AKU BUKAN BATU"

Aku Berlari

sedang aku berlari mengejar jejak mereka, makin jauh aku di tinggalkan.. mampukah aku berdiri lagi sama tinggi dengan mereka.. kerana waktu bukan banyak lagi keringat mengejar tak pernah kering kerana aku masih tiada haluan yang nyata aku terkadang sebak dan jatuh terkulai terkadang mengeluh minta ditolong aku capek! bila aku buka mata aku terpaksa bangun lagi hadap segala apa yang ada didepan aku tak bisa menoleh kebelakang lagi kerana yang lalu lebih buruk warnanya aku harus terus pergi menongkah masa sampai masa aku dihentikan oleh NYA aku kena bangun kerana masih ada yang berpaut untuk aku bawa ke sana itu amanahNYA aku kena tanggung! aku kena jaga! biar sukar mana ujian MU aku tahu..KAU lebih tahu apa kuatnya aku mengejar mimpi bukan suatu yang mudah "AKU BUKAN BATU"

"bangkit"

salam'alaik... hari ini .. tarikh ini... terus menghantui aku.. tetap datang angka itu bersilih tahun... namun keadaannya tak kan pernah sama.. semuanya hilang dan pergi.. rasa bersalah pada mereka takkan pernah padam.. bukan aku mahu semua ini.. aku tak pernah minta.. namun apa daya aku hanya insan yang lemah.. hambaNYA yang hina lagi goyah imannya.. izinkan aku bangkit dengan cita-cita dan mimpi-mimpi baru izinkan aku betul kan khilafku dulu izinkan aku perbaiki kelemahan aku.. izinkan aku jadi aku yang baru.. ampun.maaf.. aku tahu semua itu tidak dapat kembalikan senyummu.. tapi itu saja aku mampu.. izinkan aku bangkit... (...buat kalian yang aku cintai..) 08/08/2008-08/08/2017 "AKU BUKAN BATU"

Berlalulah sudah Syawal

25hb julai 2017 01 zulkaedah Berlalulah sudah syawal Perginya tanpa aku sedar Berlalu pantas sepertinya ramadhan Makin hari makin sikit waktu yang tertinggal Kami makin jauh Berjalan dengan ego masing-masing Sibuk dengan hati sendiri Berkejaran berlari didunia yang entah mana hujungnya... Makin hari makin kosong Hujungnya pasti mati Namun kelam menanti mati, Buat ramai hati sedih dan murung

Woi!

Woi! Jangan nak cerita tentang syurgalah Kalau kau setiap saat menyakitkan hati orang! Jangan nak cerita tentang syurgalah Kalau kau belum jadi imam yang baik! Jangan nak cerita tentang derhakalah Kalau kau sendiri bukan anak yang baik pada orang tua kau! Apa yang kau cakap semuanya tentang diri kau! Kau tahu berapa hati yang kau dah lukakan?! Kau tahu tak berapa jiwa yang telah kau aniayakan?! Kau tak tahu !tak pernah ambil tahu! Sebab kau fikir kau yang berkuasa seperti tuhan.... Perlu dipuja disanjung... Menabur harta untuk tutup aib dan zalim nya kau! Kau tahu tentang pembalasan tuhan pada apa yang kau telah lakukan??!!! Tak kan?!!! Sebab kau rasa kau tak pernah berdosa! Tapi aku nak bagitau lah sikit... Pembalasan Allah itu benar dan selalunya kau dapat cash takde hutang-hutang! Kau tak pernah fikirkan yang mereka selalu doakan kau untuk dapat derita dan seksa tapi Allah tahan lagi doa itu taknak dimakbulkan...sebab nak bagi kau masa dan peluang untuk jadi hamba

Binasa diri kerana bahasa

Kerana mulut badan binasa Kerana bahasa hati terluka Luka yg susah sembuh Luka yg parutnya takkan hilang Luka yg berdarah keringnya sebentar Luka yg sakit rasanya berulang... Tidakkah kau fikir hati yg kau aniaya ini Tidak pernahkah terfikir dia telah byk berkorban utk kau??! Tidak pernahkah sedetik kau renungkan susah payah yg dia pernah kongsi bersama dulu? Hati kau kering.. Hati kau gelap.. Hati kau makin membusuk.. Hati kau sudah lama mati.. Cuba membela diri dengan fitnah Menjatuhkan maruah orang lain demi kepentingan  diri.. Bukan tak pernah Allah "ajar" Bukan tak pernah kau rasa sakit tenat... Tapi kerana hati mati.. Kerana hidup tiada matlamat... Hidupmu hilang pegangan.. Hidupmu hanya utk dunia... Cintamu juga hanya bagi didunia... Tiada siapa dpt tegur..tiada!! Mereka berserah pada Allah Kerana DIA berkuasa atas dirimu.. Semoga sempat kau minta maaf Semoga mereka mampu maafkan kau..

Buat yang baru

Salam a'laik Buat yang tiba Selamat datang ke dunia ini. Tempat  yang penuh dengan drama dan cerita usang... Tempat  ini akan mencabar minda dan iman mu.. Untuk buat pilihan yang terbaik  untuk  dirimu hari ini dan esok... Sekelilingmu hanya mampu lihat  susah senang mu kerana itu semua pilihanmu... Bercakap dan dengar memang banyak tempat untuk kau dapat..namun semuanya berbalik padamu... Semoga  kau kuat.. Menangkis semua halangan datang.. Semoga kau tabah.. Menerima semua ketentuan Allah.. Semoga  kau tidak sesat.. Dengan permainan duniawi ini... jangan pernah berhenti meminta padaNYa Jangan pernah berhenti berdoa walau sesaat.. Jangan! :buat anak-anak ku Shazriel aiman rifqi.puteri saira aryssa.puteri adelia zahra.puteri aisyah humaira.kayla lim.azril rafael shah.ahmad gabriel shah.ariq mikail shah.noah samuel. "Selamat datang ke dunia sementara ini" Alhamdulillah