sedang aku berlari mengejar jejak mereka,
makin jauh aku di tinggalkan..
mampukah aku berdiri lagi sama tinggi dengan mereka..
kerana waktu bukan banyak lagi
keringat mengejar tak pernah kering
kerana aku masih tiada haluan yang nyata
aku terkadang sebak dan jatuh terkulai
terkadang mengekuh minta ditolong
aku capek!
bila aku buka mata
aku terpaksa bangun lagi
hadap segala apa yang ada didepan
aku tak bisa menoleh kebelakang lagi
kerana yang lalu lebih buruk warnanya
aku harus terus pergi menongkah masa
sampai masa aku dihentikan oleh NYA
aku kena bangun kerana masih ada yang berpaut untul aku bawa ke sana
itu amanahNYA
aku kena tanggung!
aku kena jaga!
biar sukar mana ujian MU
aku tahu..KAU lebih tahu apa kuatnya aku
mengejar mimpi bukan suatu yang mudah
"AKU BUKAN BATU"
Isnin, 13 November 2017
Aku Berlari
Dicatat oleh mizzunderstood di 10:24 PTG 0 ulasan
Label: sesuatu itu
Selasa, 8 Ogos 2017
"bangkit"
salam'alaik...
hari ini ..
tarikh ini...
terus menghantui aku..
tetap datang angka itu bersilih tahun...
namun keadaannya tak kan pernah sama..
semuanya hilang dan pergi..
rasa bersalah pada mereka takkan pernah padam..
bukan aku mahu semua ini..
aku tak pernah minta..
namun apa daya aku hanya insan yang lemah..
hambaNYA yang hina lagi goyah imannya..
izinkan aku bangkit dengan cita-cita dan mimpi-mimpi baru
izinkan aku betul kan khilafku dulu
izinkan aku perbaiki kelemahan aku..
izinkan aku jadi aku yang baru..
ampun.maaf..
aku tahu semua itu tidak dapat kembalikan senyummu..
tapi itu saja aku mampu..
izinkan aku bangkit...
(...buat kalian yang aku cintai..)
08/08/2008-08/08/2017
"AKU BUKAN BATU"
Selasa, 25 Julai 2017
Berlalulah sudah Syawal
25hb julai 2017
01 zulkaedah
Berlalulah sudah syawal
Perginya tanpa aku sedar
Berlalu pantas sepertinya ramadhan
Makin hari makin sikit waktu yang tertinggal
Kami makin jauh
Berjalan dengan ego masing-masing
Sibuk dengan hati sendiri
Berkejaran berlari didunia yang entah mana hujungnya...
Makin hari makin kosong
Hujungnya pasti mati
Namun kelam menanti mati,
Buat ramai hati sedih dan murung
Dicatat oleh mizzunderstood di 10:56 PG 0 ulasan
Label: sesuatu itu
Isnin, 22 Mei 2017
Woi!
Woi!
Jangan nak cerita tentang syurgalah
Kalau kau setiap saat menyakitkan hati orang!
Jangan nak cerita tentang syurgalah
Kalau kau belum jadi imam yang baik!
Jangan nak cerita tentang derhakalah
Kalau kau sendiri bukan anak yang baik pada orang tua kau!
Apa yang kau cakap semuanya tentang diri kau!
Kau tahu berapa hati yang kau dah lukakan?!
Kau tahu tak berapa jiwa yang telah kau aniayakan?!
Kau tak tahu !tak pernah ambil tahu!
Sebab kau fikir kau yang berkuasa seperti tuhan....
Perlu dipuja disanjung...
Menabur harta untuk tutup aib dan zalim nya kau!
Kau tahu tentang pembalasan tuhan pada apa yang kau telah lakukan??!!!
Tak kan?!!!
Sebab kau rasa kau tak pernah berdosa!
Tapi aku nak bagitau lah sikit...
Pembalasan Allah itu benar dan selalunya kau dapat cash takde hutang-hutang!
Kau tak pernah fikirkan yang mereka selalu doakan kau untuk dapat derita dan seksa tapi Allah tahan lagi doa itu taknak dimakbulkan...sebab nak bagi kau masa dan peluang untuk jadi hambaNYA...
Tapi kau???!!!
Sedih!!!
Notakaki :
Kejadian selepas balik dr aeon Dentist appointment
Balik kul 9pm
#busukhati
#hitamnyahatikau!
Dicatat oleh mizzunderstood di 12:20 PG 0 ulasan
Label: buku untuk abah
Sabtu, 28 Januari 2017
Binasa diri kerana bahasa
Kerana mulut badan binasa
Kerana bahasa hati terluka
Luka yg susah sembuh
Luka yg parutnya takkan hilang
Luka yg berdarah keringnya sebentar
Luka yg sakit rasanya berulang...
Tidakkah kau fikir hati yg kau aniaya ini
Tidak pernahkah terfikir dia telah byk berkorban utk kau??!
Tidak pernahkah sedetik kau renungkan susah payah yg dia pernah kongsi bersama dulu?
Hati kau kering..
Hati kau gelap..
Hati kau makin membusuk..
Hati kau sudah lama mati..
Cuba membela diri dengan fitnah
Menjatuhkan maruah orang lain demi kepentingan diri..
Bukan tak pernah Allah "ajar"
Bukan tak pernah kau rasa sakit tenat...
Tapi kerana hati mati..
Kerana hidup tiada matlamat...
Hidupmu hilang pegangan..
Hidupmu hanya utk dunia...
Cintamu juga hanya bagi didunia...
Tiada siapa dpt tegur..tiada!!
Mereka berserah pada Allah
Kerana DIA berkuasa atas dirimu..
Semoga sempat kau minta maaf
Semoga mereka mampu maafkan kau..
Dicatat oleh mizzunderstood di 9:44 PG 0 ulasan
Label: "aku bukan batu"
Sabtu, 10 Disember 2016
Buat yang baru
Salam a'laik
Buat yang tiba
Selamat datang ke dunia ini.
Tempat yang penuh dengan drama dan cerita usang...
Tempat ini akan mencabar minda dan iman mu..
Untuk buat pilihan yang terbaik untuk dirimu hari ini dan esok...
Sekelilingmu hanya mampu lihat susah senang mu kerana itu semua pilihanmu...
Bercakap dan dengar memang banyak tempat untuk kau dapat..namun semuanya berbalik padamu...
Semoga kau kuat..
Menangkis semua halangan datang..
Semoga kau tabah..
Menerima semua ketentuan Allah..
Semoga kau tidak sesat..
Dengan permainan duniawi ini...
jangan pernah berhenti meminta padaNYa
Jangan pernah berhenti berdoa walau sesaat..
Jangan!
:buat anak-anak ku
Shazriel aiman rifqi.puteri saira aryssa.puteri adelia zahra.puteri aisyah humaira.kayla lim.azril rafael shah.ahmad gabriel shah.ariq mikail shah.noah samuel.
"Selamat datang ke dunia sementara ini"
Alhamdulillah
Khamis, 1 Disember 2016
Luka masih nampak
Salam'alaik
Ya ALLAH!
aku masih belum mampu lupakan semuanya
adakah masih ada sisa kasih untuknya
aku masih belum mampu lupakan semua yang pernah diperlakukan dulu
sakit luka ini masih berdarah
aku sakit lagi nampaknya
adakah kerana aku belum redha
adakah kerana aku belum memaafkannya
bagaimana cara aku harus memaafkannya?
bagaimana cara aku tega untuk lupakan semua?
aku belum kuat nampaknya untuk tinggalkan semua itu
walau 7 musim sudah berlalu
kerana aku sunyi?
tidak mungkin
aku masih punya mereka
adakah kerana aku perlu di pimpin dan di pujuk?
mungkin juga
kerana terkadang hati menanggis namun tidak tahu pada siapa harus ku adukan
hati sedih dah lelah
tiada siapa yang ada disamping
hanya DIA yang sudi dengar dan fahami
Ya Tuhan ku
KAU tenangkanlah hati ini
KAU kuatkanlah jiwa ini
KAU tetapkanlah hati ini
terus bersamaMU
Istiqamah
Jangan KAU balikkan diriku
pada jalan yang sesat lagi
"AKU BUKAN BATU"