Salam buat semua...

Assalamualaikum..

pada sesiapa yang sudi membaca coretan aku ini..
salam sajahtera buat kalian..semoga kalian di jauh sana sentiasa dibawah limpahan rahmat ALLAH
bersawang sudah tempat ini
kerana 'malas' untuk mengejar masa itu..
perasaan yang berbelah bagi membuat aku DIAM sahaja DUDUK dan LIHAT

Alhamdulillah
dengan izinNYA aku masih tegak bernafas
masih diberi peluang yg sangat berharga untuk terus berkemudi di bumi pinjaman ALLAH ini
masih berpeluang mengirak langkah yg kecil ini demi mencari keredhaan ALLAH

aku takut MATI
kerana aku masih belum bersedia bertemu dengan ALLAH
kerana tangan aku kosong
jiwa masih kelabu
hati masih hitam
jasad masih perang

aku diberi amanah..dan aku sangat berharap amanah yang ada ini dapat membantu aku untuk ke syurga nanti..

aku bersyukur hidup tanpa teman yang 'karib'
bahagia rasanya tanpa ada sengketa dalam selimut
perpisahan pedih itu buatkan kesulitan aku makin dalam..namun aku tahu
itu semua kehendakNYA..DIA sayangkan aku
aku jauh dulu dariNYA..kini aku tenang disamping NYA

walau aku tidak mewah namun aku senang dengan cahaya mata ku
aku percaya rezeki mereka ada
ALLAH sentiasa akan berikan..jika kita meminta

aku berharap..
jika aku mati nanti..
aku tidak tinggalkan sebarang hutang utk sesiapa atau dimana saja
hutang aku selesai diantara sekalian makhluk ALLAH
aku ingin mati dalam redha NYA dan tenang nya hati mereka melihat aku pergi
tanpa dendam dan sakit hati..

semoga hati ini bersih sebelum aku menutup mata
jiwa aku penuh dengan bekalan untuk bertemuNYA
amanah aku cekal utk ku tinggalkan mereka...



"AKU BUKAN BATU"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

bersama harapan yang baru

Berlalulah sudah Syawal

"Tentang Rasa"