"Aku tahu"

Aku tahu..
Kasih itu di situ
Sayang itu ada
Namun..tak mungkin lebih dari itu
Biarkan semua itu disitu
Berlalu tanpa suara
Hilang dengan rasa
Moga tiada yang pernah terluka
Dan tidak akan ada yang diluka
Ku mohon setiap sujud ku
Rasa itu pergi setiap hela nafas ku
Kerana aku takut kecewa lagi
Biarkan aku jadi pemerhati setia
Biarkan aku sanjungmu dalam diam ku
Biarkan semua itu hingga lelah hati ini
Pasti ia akan lenyap sendiri
Terima kasih kerana mengetuk pintu suram ini..
Terima kasih kerana sudi singgah ke teratak usang cintaku..
Walau sekejap cuma namun aku bersyukur
Kau berikan aku bahagia..
Walau seketika cuma..

Terima kasih sayang..
Mi machi tanto..te amor..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

bersama harapan yang baru

Berlalulah sudah Syawal

"Tentang Rasa"