"message"

31012013

habis sudah bulan pertama..menginjak pantas tanpa diduga..
apa yang aku lakukan sepanjang permulaan tahun baru ini??
apa yang telah aku perolehi dari masa itu??

kelmarin aku terdengar lagi kisah
sang isteri ditinggalkan pergi
kerana sang suami masih jahil...
gilakan kebebasan..
keindahan sementara di luar sana..
tinggalkan anak-anak..dan isteri yang setia
masih setia walau telah dilukai..
walau telah untuk ke entah berapa kalinya dia
memaafkan suaminya.

wanita..
memang lemah..tapi kuat..
sama tapi tidak serupa..

wanita yang telah bergelar isteri..
selalu akan setia terus menanti dan takkan pernah berhenti berdoa
agar suaminya pulang kepangkuan dan berubah
menyedari khilaf dan dosa..
namun...
kesabaran semakin menebal teruji
hari demi hari hanya cerita selingkuhnya saja
yang dapat di lihat..
hari demi hari..
bulan berganti bulan..
tahun beralih tahun..
isterinya tetap berdoa..agar suaminya bertanggujawab dan pulang
baiki tangga yang telah rebah..
namun..
kesengsaraan dan kesabaran isteri itu ada hikmahnya..
sampai ketika dia akan pergi dan berganjak dari duduknya..
tika itu..takkan pernah dia berpaling lagi..

kenapa isterinya masih boleh terima dan memaafkan??
kerana dia ada zuriat bersama suaminya..
kenapa dia sukar untuk lepaskan suaminya??
kerana kenangan manis bersama suaminya masih segar dalam ingatan..
segala pahit getir sewaktu melangkah bersama
masih tersimpan indah dilapik ingatanya..
tapi sayang..
dia malang..
kerana hanya dia saja yang menyimpan semua itu..
suaminya..sedang enak melakar dunianya yang baru..
kenangan dan janji-janji baru pada si dia yang baru..

hati si isteri masih goyah
dalam sakit menahan amarah
masih terselit harapan suaminya merayu kembali seperti dulu
namun..sia-sia.

beristikharahlah dia..dalam menangguk cinta..
pasrah pada ketentuan jalan yang tertulis..
mungkin ini balasan dosa-dosa ku yang lampau
dia akui dia kalah..
kalah dalam usaha menyelamatkan syurganya...
kalah dalam pertarungan jiwa yang setia..
kesal tidak sekali..
kerana akhirnya dia bersyukur..
lepas bebas dari cengkaman si suami yang kejam..

bertabahlah dia..senantiasa bermusahabah..
tak pernah leka dari terus bermunajat..
meminta dan merayu pada yang TERCINTA..
lebih tenang..lebih bahagia.
syukur tak terhingga..
tiada dosa dia pada suaminya lagi..
tiada lagi sengketa antara dia dan semua..
amin..
maafkalah dia..
kerana mungkin bertindak agresif..
tapi semuanya menjadi tegar..kerana suaminya tegar
mendera mental dan emosinya..
tanpa tahu apa salahnya dan dosanya..
soalan yang tak pernah ada jawapannya..

namun pengalamn mengajar dia menjadi lebih kental
mengharungi dunia tanpa insan bergelar suami
membesarkan dan cuba mendidik amanat ALLAH sebaik mungkin..

bersyukur masih ada keluarga yang sudi terima dia kembali..
dan membantu dia manjalani hidup ini..tanpa sukar melangkah..
syukaran..YA RABB..

kerana.....

"AKU BUKAN BATU"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

bersama harapan yang baru

Berlalulah sudah Syawal

"Tentang Rasa"