"tanya sama pokok"

kebiasaan hari mengejar setiap ruang dengan tak tercapai tangan
mampukah aku bertahan
senyap sunyi sepi
bersama senyum dan tawa
tiada siapa tahu
tiada siapa cuba faham
dalam diri ini
sedang berperang
menangkis pelbagai jurang dan aral
kekadang rasa tersungkur
tak lalu nak bangkit lagi
kekadang rasa gah
kerana sampai ke seberang situ
mereka masih ada
aku kena bangun
aku kena tabah dan terus sabar
memunajat selalu tinggalkan kekalutan
insyaAllah..redha dan dilindungi
jauh maksiat,syirik dan khurafat
jauh lagi untuk munafik..
Nauzubillah..





Alhamdulillah.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

bersama harapan yang baru

Berlalulah sudah Syawal

"Tentang Rasa"